Sebenarnya aku nak cerita pengalaman aku yang Return/Refund aku kena cancel oleh Shopee walaupun barang tu aku dah return pun kat diorang.
Tak lama dulu, aku beli barang mainan kat Shopee. Selalunya satu-satu barang aku beli dalam belasan ringgit je. Ni aku beli dalam RM30. Tapi lepas dah sampai rumah, baru aku perasan yang aku terbeli benda sama.
Jadi, aku pun request lah Return/Refund kat app Shopee. Aku pilih option Change of Mind sebab tersalah order item sama. Posmen datang ambil kat rumah.
Tak lama tu, barang aku dah selamat sampai kat warehouse Shopee. Benda ni boleh tengok dalam tracking progress dalam app Shopee. Nak tengok dalam website pun boleh. Asalkan ada nombor tracking return tu.
Bila dah sampai sana, kena tunggu untuk Shopee buat pengesahan. Tempoh masa tu dalam 3 hari untuk diorang update. Tunggu je lah.
Tetiba kat update tu muncul Request Cancelled. Aku pelik lah. Aku tunggu emel dari diorang tapi tak dapat pun. Barang return dah selamat sampai kat tempat diorang. Tapi request Return/Refund diorang cancel. Terasa macam diorang scam aku je.
Kenapa aku kata scam? Sebab bila diorang update Request Cancelled dalam app Shopee, aku dah tak boleh tengok tracking atau request yang aku pernah buat pasal Return/Refund ni. Even tracking number pun dah tak muncul.
Nasib baik masa nak return sebelum ni, aku dah screenshot siap-siap semua yang perlu. Dari nombor tracking, return progress, Request ID hingga lah screenshot tracking barang tu sampai kat tempat diorang.
Aku pun chat lah customer service Shopee. Inform pasal ni. Lama jugak lah nak dapat update. Hari-hari aku tanya diorang. Ye lah. Kalau aku tak buat macam ni, burn gitu je lah duit RM30 tu.
Katanya Shopee tak terima pun barang aku. Maksudnya barang yang aku return tu tak sampai kat tempat diorang. Aku makin pelik. Aku tunjuk bukti (tracking) kat diorang yang barang tu dah sampai sana.
Lepas beberapa hari, aku dapat update kat bahagian Help Center > My Enquiries dalam app Shopee. Katanya isu ni diorang dah setel. Refund akan dapat dalam masa 1 - 3 hari bekerja.
Total masa yang aku rugi adalah 18 hari termasuk hari yang posmen datang pick up barang return tu. Agak buang masa dengan masalah yang terjadi bukan dari aku sendiri. 😥
19 Comments
Amboi.. Pandai ye shopee nak scam2 org dah sekarang.. Nseb baik lah awak sc siap2..
ReplyDeleteMasa kena cancel tu, memang seram. Risau tak dapat semula duit.
DeleteSaya pernah juga return beli baju kameja Camel yang tersalah saiz.
ReplyDeleteBoleh jugak. Bagus ada option ni.
DeleteNasib baik BK ada screenshot semua update dari Shopee. Kalau tak ada, memang burn macam tu je.
ReplyDeleteNasib baik tergerak hati nak screenshot semua dari awal. Kalau tak, tipis lah peluang nak dapat refund.
Deletesyukur laa shopee nak pulangkan balik...
ReplyDeletetp tu laa terpaksa bersabar dlm tempoh tu
skrg ni scammer ada di mana2 je...
Betul dah tu. Kalau tak pulangkan, rasanya memang akan buat aduan.
Deletebetul, kak ana pun kalau unboxing rekod video siap2 lain-lain urusan screencap sebagai bukti, tak caya sangat dengan sistem ni :)
ReplyDeleteBarang mahal kena record video masa unboxing.
DeleteMujur sempat juga screenshot bukti² tu ..
ReplyDeleteMemang syukur sangat. Kalau tak, makin lama lah drag masa nak dapat refund.
Deletenasib baik BK ada ss bukti tu, kalau tak burn cmtu je. dah ada track dlm sistem pun nk kita tk hantar barang. haihh
ReplyDelete*nk tuduh kita tk hantar barang
DeleteKemungkinan akan burn. Sebab lepas dapat notification tu, takde emel pun diterima.
Deletenak untung lebih pulak ye...yg kanan nak yg kiri nak. thank you bagi tips....setakat ni belum pernah return barang lagi....tapi will take note of this
ReplyDeleteSemoga info ni bermanfaat.
Deletesha xpernah lg return brg dr shopee..ooh dah tau kalau nxt time kena return bole take note post ni..
ReplyDeleteKalau kena return, nanti senang sikit nak tahu langkah yang perlu dibuat.
Delete