Baru lepas tengok episod 3. Dari hari Sabtu lagi kekecewaan aku terasa. Aku sebenarnya tengah layan cerita ni secara online dari minggu lepas. Sebab excited nak tahu episod seterusnya.
Tapi bila tengok episod 2 dan 3 kat TV3, aku macam tak berkenan. Banyak sangat scene atau babak yang dipotong. Antaranya babak yang agak kasar macam bertumbuk dan buli kat sekolah.
Ada jugak babak masa Arata keluar dari penjara dan singgah minum sake kat kedai. Babak tu pun dipotong. Tak tahu kenapa. Padahal tu salah satu babak penting cerita ni. Waktu tu Arata terkenangkan dan bercakap dengan ayah dia. Masa tengok episod ni secara online, waktu ni jugak hati aku sebak.
Babak Arata kencing kat tandas pun dipotong. Padahal pelakon tu tak kencing betul pun. Takde air mengalir. Dan takde tunjuk anu pun masa kencing. Tapi tetap dipotong babak tu. Entah kenapa.
Subtitle tak synchronize
Yang jadi masalah, bila setiap babak tu dibuang, subtitle tetiba jadi lambat. Tak ngam dengan dialog. Aku saspek jadi macam tu sebab person in charge yang buat subtitle tu tak betulkan balik subtitle lepas beberapa babak dibuang.
Jadi, terpaksa lah buat-buat faham masa tengok Roppongi Class episod 2 dan 3 kat TV. Aku yang dah tengok episod-episod ni secara online pun masih blur bila tengok semula kat TV, apatah lagi penonton yang baru pertama kali tengok episod-episod tu.
Tak feel bila banyak babak dipotong
Rating atau klasifikasi drama ni tak sama setiap negara. Malaysia punya rating P13 iaitu:
Penonton berumur di bawah 13 tahun memerlukan pengawasan dan bimbingan ibu bapa atau penjaga ketika menonton. Filem mengandungi unsur seram, menakutkan, adegan atau aksi negatif, unsur suspen dan mengejutkan tetapi tidak berlebihan; jalan cerita yang sukar difahami dan unsur yang boleh mengganggu emosi kanak-kanak.
Tapi macam rating P13 tu tak function sebab babak-babak ganas dan seangkatan dengannya dah dibuang siap-siap sebelum tayang. Ibarat TV3 nak ubah dari P13 kepada U (penonton semua peringkat umur). Jadi, sepanjang aku tengok cerita ni kat TV, macam banyak sangat benda yang missing dan ganggu keseluruhan jalan cerita.
Babak narrator dan sneak peek dipotong
Keistimewaan Jdrama yang takde dalam drama negara lain yang pernah aku tengok adalah kehadiran narrator pada awal cerita dan sneak peek pada akhir cerita.
Narrator ni lah yang akan buat rumusan untuk episod lepas (suara muncul pada awal cerita). Bila sesiapa yang tak sempat nak tengok episod sebelum atau tertinggal episod tu, kehadiran narrator ni sangat lah membantu. Dan bila episod tu habis, akan muncul sneak peek episod seterusnya.
Tapi bila aku tengok Roppongi Class kat TV3, babak narrator dan sneak peek tu langsung takde. Masa aku tengok online, ada je. Kehilangan kedua-dua benda ni buatkan drama ni hilang feel nya masa aku tengok kat TV3.
Unsur LGBT
Dalam drama ni, ada beberapa babak yang terang-terangan tunjuk unsur LGBT (bermula episod 4). Lebih tepatnya, transgender. Yang jadi masalah nanti, isu transgender ni lah antara point penting dalam cerita ni.
Kalau dibuang babak tu (aku yakin akan dibuang), ibarat tengok filem kat pawagam pada pertengahan cerita. Maksud aku, LGBT bukan lah kekuatan terbesar drama ni tapi ada plot penting yang melibatkan LGBT.
Jadi, sebenarnya aku tak tahu siapa yang plan nak tayang drama ni kat TV3. Sebab setahu aku, bukan seminggu atau sebulan diorang plan. Dah berbulan-bulan. Macam mana lah diorang boleh terfikir nak tayang drama ni jugak dalam banyak-banyak drama kat Jepun tu.
2 Comments
betul, siapalah yg lulus drama ni utk ditayangkan...pelik betul..
ReplyDeleteEntah. Tapi dalam Tonton babak tu tak dipotong. Mungkin kena tengok kat Tonton jugak lepas ni.
Delete