Hujung tahun lepas aku tanam pokok kacang botol. Sekarang dah sebulan lebih usianya. Makin seronok pokok-pokok ni menjalar kat para.
Tadi sempat aku jenguk keadaan semasa pokok ni. Bunganya banyak. Warna ungu cair. Ada seketul buah yang muncul kat celah rimbunan daun. Kecik je saiznya.
Mungkin dalam beberapa hari, dah boleh tuai hasil pokok kacang botor ni. Tak sabar pulak rasanya nak makan kacang botor yang segar dari ladang macam ni.
2 Comments
Alhamdulillah..seronok tengok hasil tanaman sendiri..
ReplyDeleteWah seronoknya ada ladang sendiri untuk berkebun... best2
ReplyDelete