Hari tu aku singgah (padahal dah plan) Ecoshop lepas balik dari kedai buku Popular. Nak cari benda baru dalam kedai berhantu tu. Aku rasa dah berbulan aku tak masuk cawangan yang agak jauh tu.
Misi mencari lori Prime Mover
Macam biasa lah. Bila nak masuk musim CNY, akan ada banyak aksesori dan barang deco sempena perayaan tu. Aku nak cari mainan. Lori CNY versi Prime Mover. Aku ada versi Box Truck je yang aku beli kat cawangan lain sebelum ni.
Masa masuk kedai, aku dah perasan ada lori CNY tu yang bergantungan kat belakang cashier. Banyak. Aku biarkan dulu. Nak cari barang lain sebelum borong benda tu.
Sekotak stok dalam warehouse
Masa kat lorong barang mainan, ada staff tengah topup barang. Aku buat-buat tanya ada lagi ke stok lori ECO. Sebab aku cari kat kawasan tu takde. Mungkin diorang hanya display kat cashier je.
Tapi staff tu kata ada. Fuhh! Tak perlu aku pergi mintak kat cashier. Staff tu masuk dalam warehouse dan bawak keluar sekotak lori versi Prime Mover. Katanya yang ni je ada. Versi kecik (Box Truck) takde.
Aku pun pilih lah beberapa ketul yang berkenan. Lepas dah borong, aku apa lagi, bayar lah kat kaunter cashier. Mujur kali ni takde drama kat kaunter tu. 😆
Maka, lengkap lah sudah ECO Wheelly Collection versi Tahun Baru Cina 2025. Ada orang komen design kali ni tak secantik sebelum ni. Tapi sebagai pengumpul tegar, aku beli je lah walaupun benar katanya.
6 Comments
Waa menarik collection lori Eco tu :D
ReplyDeleteComelnya
ReplyDeleteWei, lawanya. Apakah harus ku ke eco juga? hahaa...
ReplyDeleteDulukan, suka sangat lukis lori kontena macam ni, rasa sng je lukis lori tu. Sekarang, bila pandai drive jumpa lori kontena, sungguh seram ya. lari2 dia follow belakang, rasa mcm kena kejar.
happy la kan kalau dapat full colection gini hehe :)
ReplyDeleteanak-anak ammi tak ada sorang pun yg minat buat collection. tapi along ammi yang prempuan pulak yg minat walaupun usianya dah nak masuk 50 tahun ni. penuh rumahnya dengan hot wheel..ingatkan anak dan suami yg punya, ehhhh dia yg punya.
ReplyDeleteNasib baik ada staff yang membantu. Dapat juga lori ECO versi Prime Mover, walaupun yang versi kecik takde.
ReplyDelete