Mencuba minum air Calpis Soda.


Sejak menjak TV3 tayang reality show One in a Million, terigin pulak aku nak tahu macam mana rasanya Calpis Soda. Sebab tak silap aku, Calpis Soda taja OIAM musim 4 ni.


Setahu aku, Calpis ni sejenis minuman susu kultur. Dulu aku pernah jugak beberapa kali minum. Tiap kali lepas minum, mesti nak ke jamban. 😭

Sebab nak cuba rasa Calpis Soda, aku pun pergi lah cari kat 7e. Rupanya ada 2 perisa: asli dan anggur. Aku beli kedua-dua perisa tu. Harga RM3.00 untuk seketul air tin.


Rasanya macam mana? MANIS. Tu perkataan yang aku keluarkan bila dah minum seteguk kedua-dua air ni. Kedua, memandangkan Calpis Soda ni air berkarbonat, feeling nya memang tak lari lah daripada air gas yang ada kat kedai.

Perisa asli. Airnya warna putih.

Perisa anggur. Airnya warna ungu.

Cuma yang lainnya, air ni ada rasa tersendiri. Rasa macam air jus versi gas. Maksud aku, selalunya kalau aku minum air gas, keadaan air tu agak cair. Tapi Calpis Soda ni macam pekat sikit airnya. Mungkin sebab gabung dengan susu kultur?

Aku suka perisa anggur. Sebab rasa air anggur ni buatkan aku ingatkan jajan serbuk anggur yang pernah aku beli masak kecik. Serbuk tu boleh masukkan dalam air untuk jadikan air buah. Kalau malas, boleh je terus sedut serbuk tu guna straw.

Kalau Calpis Soda ni tak manis, aku mungkin akan repeat order lagi lepas ni. Tapi sebab air ni manis untuk tekak aku, aku rasa macam tak elok pulak nak beli selalu. 😅

Post a Comment

16 Comments

  1. Banyak sangat nampak promosinya, terima kasih riview.
    Jika rasa bagai dikata maka tidak jadilah inginku coba. Sejenis tak gemar air gas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah. Kurang minum air gas. Lebih suka air kotak, susu dan seangkatan dengannya.

      Delete
  2. Susu kultur memang elok untuk pencernaan.
    Suka bila BK review produk makanan/minuman sebab boleh tengok produk baru.

    ReplyDelete
  3. yaaa saya tawu jajan serbuk tu! masa kecik dulu suka gigit straw putih dia tu sampai leper jadi mcm sudu hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Legend ni. Dulu pernah beli dengan harga 20 sen sepaket.

      Delete
  4. seingat sy laa mana2 air calpis tak pernah yg tak manis....

    ReplyDelete
  5. sy dh lama tak minum air gas. tp nampak menarik air calpis soda ni.

    ReplyDelete
  6. wow dah ada yang dalam tin ye. saya selalu beli yg botol tu je.any produk calpis mesti sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni saya jumpa kat 7e. Kedai runcit atau pasar raya belum nampak lagi.

      Delete
  7. Terima kasih, share review. Dah lama tak minum air soda (berkarbonat).

    ReplyDelete
  8. teringin pulak saya nak cuba...awak dah boleh jadi blogger influencer kalau selalu baut macam nie hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Masih jauh lagi tu. Jadi blogger pun dah bersyukur.

      Delete