Roppongi Class TV3 minggu keempat.


Masih lagi aku layan drama Jepun ni kat TV memandangkan waktu tayangan tu aku tengah free. Minggu ni episod 6 dan 7 ditayangkan.

Aku tak pasti lah ada babak dipotong ke tak. Malas pulak nak check. Asalkan subtitle elok, aku layan.

Ulasan episod 6 dan 7


Episod minggu ni agak menarik walaupun belum capai lagi klimaks cerita ni. Arata and the geng dah berjaya bukak izakaya (bar) dengan jayanya. Ramai pelanggan datang dan sales diorang makin masyuk.


Bila Shigeru dapat tahu, dia beli bangunan izakaya Arata tu. Tapi Arata ni cerdik. Walaupun kena pindah, dia bukak izakaya kat tempat baru dan bangunan baru tu dibelinya jugak sebab nak elak Shigeru kacau daun.

Dalam masa sama, dia pergi jumpa pembekal sayur untuk izakaya dia, Matsushita. Rupa-rupanya Matsushita ni detektif yang terlibat dalam kes langgar lari ayah Arata dulu.


Shigeru dapat tahu yang izakaya Arata, Miyabe The Second berkembang cepat sebab Aoi yang banyak tolong. Sebab nak jatuhkan Arata, Shigeru cuba sogok Aoi untuk kerja dengan dia. Tapi tak berjaya.

Anak ngah pun boleh


Masa tengok episod 7, ada babak yang buatkan aku tergelak. Waktu Arata keluar minum dengan Yuka, diorang ada bersembang pasal Ryuji.


Yuka tanya Arata sama ada dia tahu tak siapa Ryuji tu sebenarnya. Arata tahu. Ryuji tu anak kedua Shigeru. Tapi dalam subtitle BM tu, ditulis anak ngah.

Ini lah gerangan anak ngah.

Orang Jepun memang guna panggilan macam ni jugak ke? Macam orang Melayu? Along, Angah, Achik dan lain-lain? 😂

Kemunculan sneak peek


Sebelum ni aku pernah info yang masa aku tengok drama ni online, ada sneak peek kat hujung cerita. Tapi masa tengok kat TV, takde pulak.


Entah kenapa hujung episod 7, tetiba muncul sneak peek. Bagus lah. Bila ada, baru menarik. Baru excited sikit nak tengok episod seterusnya.

Post a Comment

17 Comments

  1. Dah lama tiada siaran TV3 di rumah.. tv hanya guna utk tgk youtube sahaja.. Netflix pun dah tak leh buka.. outdated katanya.. huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya masih setia dengan MYTV. Itu pun dah cukup untuk tengok info semasa dan hiburan. Kalau ada keperluan lain baru tengok online.

      Delete
  2. Replies
    1. Menarik jalan ceritanya. Itu yang terus tengok tu.

      Delete
  3. Yg taip subtitle tu mesti orang Mesia kan?
    Jika sub indo lagi haru, kita siap google translate Indo-BI, kadang jadi kelakar sebab layan di telegram.

    ReplyDelete
  4. nti ldy free ldy tengok.. mcm menarik ni

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Sabtu dan Ahad pukul 7 petang hingga 8 malam. Ulangannya hari Isnin dan Selasa pukul 3 petang hingga 4 petang.

      Delete
  6. Jepun pon ada panggilan Along,Angah camtu jugak eh? hehehe

    ReplyDelete
  7. Ooo.. layan citer jepun, ye. Kalau drama bersiri ni, saya takut terjebak, jadi jarang tengok.

    ReplyDelete