Hari ni bermulanya hari pertama tahun baru, tahun 2025. Kat kawasan rumah aku takde dengar bunyi dentuman bunga api malam tadi. Dalam TV, ada yang buat live countdown. Sempat jugak lah aku layan sekejap.
Katanya kalendar tahun ni sama dengan kalendar tahun 1975. Sila semak. Betul dah tu. Ada apa-apa makna ke? Entah lah.
Kalendar dan sticky notes. |
Renungan tajam si kucing. |
Tahun baru, maknanya kalendar baru. Bulan lepas aku beli kalendar meja kat Shopee. Versi kiut miut. Nak letak atas meja dalam bilik je. Nak beli yang besar, macam membazir pulak sebab aku selalunya tak bukak sangat kalendar fizikal.
Semoga tahun ni menjadi tahun yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Harap apa jua azam yang aku impikan, tercapai lah dengan jayanya. 😄
15 Comments
Rajinnya beli kalendar... selalunya kalendar dapat percuma beli barang..
ReplyDeletetapi Cuya pon memohon ehsan drpd nenek sedara untuk sedekah kalendar kat Cuya.. hahah
Saja beli masa godek Shopee. 😅
DeleteComelnya calendar dia. Ibu suka benda2 comel camni. Utk tahun ni ibu masih tak ada Calendar Planner lagi utk meja kerja pejabat. Kena cari juga satu nanti. Selamat tahun baru dan salam kenal dari Ibu Aqil. ;)
ReplyDeleteSelamat tahun baru dan salam kenal jugak. 😀
DeleteSelamat tahun baru BK...semoga berjaya yg diimpikan, diazamkan & diharapkan di tahun 2025..
ReplyDeleteSelamat tahun baru. InsyaAllah dimakbulkan. 😄
DeleteSalam Tahun 2025... Semoga saya lebih rajin berkunjung ke sini.. azam utk tahun baru hahaha.. 2024 terlalu sibuk.. :D
ReplyDeleteSelamat tahun baru. Harapnya saya pun macam tu jugak lah nanti. Rajin kunjung blog-blog rakan.
DeleteKita punya penanda roti sama, hahaa.
ReplyDeleteTak pernah lagi beli kalender, tunggu asben bawa balik je la. Dia je yang rajin layan kalender.
Selamat tahun baru dan bulan baru, semoga semuanya lancar.
Penanda roti ni epik dan rare. Harus disimpan. 🤣
DeleteHappy New Year BK...
ReplyDeleteSemoga yg baik² saja utk kita semua 🤲🏻
Selamat tahun baru. Amin. 🤲
DeleteTahun 2025 memang kalendarnya sama dengan tahun 1975. Ini bermaksud hari-hari dalam tahun ini jatuh pada tarikh yang sama seperti 1975. Tak ada makna khusus, cuma satu kebetulan.
ReplyDeleteFaham. Agaknya mereka yang lahir tahun 1975 syahdu tak dengan persamaan kalendar tahun-tahun ni? 😅
Deleteoh tahun kelahiran along ammi tu. malam new year tu belum pukul 10 ammi dah melayang atas katil penangan ubat batuk dan ubat selsema. satu bunyi mercun pun tak masuk dalam mimpi.
ReplyDelete