Fenomena semut merah kuning Ecoshop.


Benda baru yang jadi kegilaan peminat tegar dan pengumpul barang ECO. Hujung bulan lepas, Ecoshop jual barang baru yang diberi nama Eco-Shop Mascot Blind Box.

Blind Box ni jadi antara barang yang paling panas setakat ni. Ramai yang mengeluh setiap kali masuk Ecoshop, Blind Box semut ni habis stok. Ada sesetengah cawangan tu, belum nampak bayang langsung.

Psstt ... ada orang complain


Paling sadis, ada customer complain pasal ni. Sebab ada cawangan tu, bila Blind Box ni sampai, staff Ecoshop tu yang akan beli dulu. Jadinya, tak merasa lah customer semut merah dan kuning.

Tapi agak lucu ye. Entah siapa lah yang complain tu. Bukan apa. Dikatakan Blind Box ni limited stock. Mungkin sebab tu lah dia buat aduan kat HQ Ecoshop pasal ni. Pasal staff rembat dulu.


Tak dinafikan memang ada staff borong dulu sebelum customer. Tapi masa aku sembang dengan staff pasal ni, diorang pun dah give up nak terus beli. Sebab katanya payah nak dapat kesemua 6 jenis semut dalam tu.

Barang limited stock?


Setakat yang aku tahu, selagi Ecoshop tak keluarkan statement pasal limited stock, jangan percaya khabar angin tu. Lagipun diorang pun bukan lah tak cerdik. Bila banyak demand dari customer, takkan nak terus buat limited stock?


Tak silap aku, pernah sekali je Ecoshop keluarkan statement pasal barang limited stock. Tu pun masa tahun 2019. Waktu diorang jual lori versi Hari Merdeka sebanyak 62 ribu ketul. Lepas tu, takde dah barang-barang stok terhad ni.

Sempat beli semut ECO


Masa aku singgah Ecoshop waktu awal-awal keluaran, sempat jugak lah aku beli Blind Box semut ni. Tu pun stok tak banyak yang tinggal. Yang masuk dulu tak silap dalam 48 ketul je.



Pergi Ecoshop lain, takde. Stok habis. Tanya supervisor, staff beli. Berebut. Aku redha je lah. Nak buat macam mana. Diorang pun manusia biasa. Pasti tertarik dengan benda baru macam ni.

Semut bagi kejutan


Harga Blind Box ni RM2.40 seketul. Dalam kotak tu, ada seketul semut. Tapi tak tahu semut apa. Dah nama pun blind, memang takkan nampak lah apa dalam tu.





Semut merah vs semut kuning


Macam aku info, ada 6 jenis semut kesemuanya. 3 semut merah dan 3 semut kuning. Semut merah senang je nak dapat. Tapi semut kuning paling payah. Sebab nisbah untuk dapatkan semut kuning adalah 2:50 tau. Kalau siapa dapat dengan sekali beli je, memang betul-betul bertuah lah.



Setakat ni, aku tak cukup seketul semut kuning. Nampak tak ruang kosong celah semut merah tu? Itu lah tempat semut kuning yang aku belum dapat. Harapnya next trip ke Ecoshop, jumpa lah semut kuning tu untuk lengkapkan koleksi semut aku ni.

Post a Comment

0 Comments