Benda baru yang jadi kegilaan peminat tegar dan pengumpul barang ECO. Hujung bulan lepas, Ecoshop jual barang baru yang diberi nama Eco-Shop Mascot Blind Box.
Blind Box ni jadi antara barang yang paling panas setakat ni. Ramai yang mengeluh setiap kali masuk Ecoshop, Blind Box semut ni habis stok. Ada sesetengah cawangan tu, belum nampak bayang langsung.
Psstt ... ada orang complain
Paling sadis, ada customer complain pasal ni. Sebab ada cawangan tu, bila Blind Box ni sampai, staff Ecoshop tu yang akan beli dulu. Jadinya, tak merasa lah customer semut merah dan kuning.
Tapi agak lucu ye. Entah siapa lah yang complain tu. Bukan apa. Dikatakan Blind Box ni limited stock. Mungkin sebab tu lah dia buat aduan kat HQ Ecoshop pasal ni. Pasal staff rembat dulu.
Tak dinafikan memang ada staff borong dulu sebelum customer. Tapi masa aku sembang dengan staff pasal ni, diorang pun dah give up nak terus beli. Sebab katanya payah nak dapat kesemua 6 jenis semut dalam tu.
Barang limited stock?
Setakat yang aku tahu, selagi Ecoshop tak keluarkan statement pasal limited stock, jangan percaya khabar angin tu. Lagipun diorang pun bukan lah tak cerdik. Bila banyak demand dari customer, takkan nak terus buat limited stock?
Tak silap aku, pernah sekali je Ecoshop keluarkan statement pasal barang limited stock. Tu pun masa tahun 2019. Waktu diorang jual lori versi Hari Merdeka sebanyak 62 ribu ketul. Lepas tu, takde dah barang-barang stok terhad ni.
Sempat beli semut ECO
Masa aku singgah Ecoshop waktu awal-awal keluaran, sempat jugak lah aku beli Blind Box semut ni. Tu pun stok tak banyak yang tinggal. Yang masuk dulu tak silap dalam 48 ketul je.
Pergi Ecoshop lain, takde. Stok habis. Tanya supervisor, staff beli. Berebut. Aku redha je lah. Nak buat macam mana. Diorang pun manusia biasa. Pasti tertarik dengan benda baru macam ni.
Semut bagi kejutan
Harga Blind Box ni RM2.40 seketul. Dalam kotak tu, ada seketul semut. Tapi tak tahu semut apa. Dah nama pun blind, memang takkan nampak lah apa dalam tu.
11 Comments
Pandai diorg buat konsep blind box ni, peminat tegar mesti akan beli dan beli sampai dapat warna semut yg dihajati tu. Sales pun banyaklah. Anyway good luck BK in getting 1 lagi semut kuning :)
ReplyDeletebenda2 ni biasa laa
ReplyDeletelazimnya mmg staf yg akan rembat dulu
kalau bkn staf sedara sepupu sepapat yg minta tlg....
blindbox ni semua bermula dari China sana kan.. byk dah tgok kat tt diorang duk live blindbox tp figure yg lebih kerassss harga dia hehehe.. duk tengok jugak dlm group eco kat fb, pakat viral beli semut ni hehehe
ReplyDeleteKetinggalan akak bab semut merah kuning ni. Simpan elok-elok, mana tahu lepas 10 tahun, naik rege dia. Collector's item yek.
ReplyDeleteComel cute nya semut2 ni.
ReplyDeletewa, cantiknya... kalau lady ke eco shop, si baem akn ke tempat lego, kakak akn ke tempat buku2.. lady akn di tengah2, pantau mereka :P :P :P.. yg semut ni x nampak pulak di mana lokasinya
ReplyDeleteComel-comel semuanya.
ReplyDeleteBK pun bijak sungguh aihhh... benda bulan lepas beli, baru sekarang up. Jadi kami-kami ni tak merasa lah nak beli sebab dah habis 😁
comelnya! untuk harga 2.40 tu nampak elok juga kualiti dia
ReplyDeleteSusah nak main benda macam ni, dulu pernah terjebak kumpul kereta Ferrari Shell. Agaknya nak dapat 5 dari 6 tu berapa kotak modalnya tu? Yang lebih buat apa?
ReplyDeleteTak sangka blind box eco ni ada ramai peminat ya? Kalau BK tak post, Cuya pon taktahu orang akan minat mainan gini. Menarik2
ReplyDeleteTeringat dulu masa jadi collector, Macam² barang baru atau lama saya buru.. Nasib baik perangai dah berubah.. Hehe.
ReplyDelete