Mainan ala Lego Hari Raya Aidilfitri 2025 dari Ecoshop.


Hari tu, aku ada cerita yang aku pergi Ecoshop beli lori versi raya. Alhamdulillah masa aku pergi tu, bukan je lori yang ada, tapi mainan ala Lego atau bricks pun ada.


Mainan bricks ni dijual sempena Hari Raya Aidilfitri 2025. Tapi belum masuk bulan puasa pun lagi, Ecoshop kemain excited jual barang raya. Tak tahu lah aku kenapa boleh terlajak awal diorang jual.

Ada 5 jenis design


Bricks raya ni ada 5 jenis. Ada Masakan Gulai Kawah, Ketupat, Rumah Tradisional Melayu, Lemang Bakar dan Pelita Raya. Nasib baik lah masa aku ke kedai tu, semua ni ada. Bukan apa, tak semua cawangan yang jual kesemua 5 jenis bricks ni sekaligus.



Aku beli lebih bricks jenis Ketupat. Nak pasang lah jugak macam mana jadinya nanti. Bricks yang lain macam bakal jadi pekasam dalam storage box.







Ketupat ni senang je pasang. Sebab tak banyak komponen yang ada dalam kotak tu. Ni kalau beli banyak kotak, boleh hias rumah sempena raya nanti. 😂

Post a Comment

10 Comments

  1. ketupat nie boleh buat hiasan raya dekat ofis nie..hihihi

    ReplyDelete
  2. boleh borong banyak2. Haritu Cuya pergi eco tak sempat nak mencari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang masih ada. Cuma versi CNY banyak dah habis.

      Delete
  3. masa tengok iklan ni kat tiktok auto teringat admin bola katok.
    dalam hati, mesti dia dah beli ni.

    ReplyDelete
  4. Nanti dah pasang semua share lah kat sini.. nak juga tengok hasilnya.

    ReplyDelete
  5. si baem ni mesti suka lego2 cenggini

    ReplyDelete