Mamee Monster dah mula buat promo baru. Aku perasan masa duk godek Lazada masa cuti Tahun Baru Cina hari tu. Waktu tu diorang ada up benda baru tapi tak boleh order sebab diorang set kedai under vacation mode.
Lepas kedai dah bukak, aku pun oder lah. Rupanya diorang buat promo baru. Kali ni diorang bagi free kad stiker lentikular dalam setiap family pack.
Lebih banyak Mamee Monster
Kalau ikutkan kat gambar iklan, ada 3 perisa yang terlibat. Perisa black pepper takde. Pelik jugak. Dan setakat ni, hanya perisa BBQ yang ada dalam kedai Lazada dan Shopee diorang.
Kad lentikular kembali
Setiap kali Mamee Monster buat promo baru, aku tak sabar nak beli. Sebab mesti ada benda menarik yang boleh dikumpul. Untuk kali ni, diorang buat kad stiker lentikular.
Kad stiker lentikular ni ada 20 jenis. Tak pasti pulak aku design apa kesemuanya. Sebab takde pulak Mamee Monster iklankan kat FB atau IG diorang setakat ni. Maka, bermula lah misi aku untuk kumpul kesemua 20 kad.
![]() |
Gambar depan. |
![]() |
Gambar belakang. |
Ada 2 imej berbeza kat gambar depan kad tu. Dalam dunia sains, kad ni dipanggil lentikular sebab permukaannya dibuat dari beberapa jalur melengkung yang biaskan cahaya supaya kita boleh tengok imej-imej kad tu dari sudut tertentu. Menarik kan?
Bila tengok kad lentikular ni, teringat pulak aku dengan kad lentikular versi lama yang pernah Mamee Monster bagi dulu-dulu. Aku pernah beli masa zaman hingusan.
![]() |
Kiri kad baru, kanan kad lama. |
![]() |
Koleksi kad lentikular lama. |
Dulu viral jugak kad lentikular ni. Maklum lah. Bukan selalu jumpa dan tak banyak company yang buat kad macam ni. Aku ingat lagi masa tu aku beli jajan kat kedai runcit. Dalam tu diberi kad lentikular percuma.
Waktu ni saiznya kecik je. Sebab dulu Mamee Monster bagi free gift dalam setiap paket kecik. Waktu tu jugak lah aku bersungguh singgah kedai runcit lepas balik sekolah sebab nak kumpul benda ni. 😂
10 Comments
Wah dah lama ya BK kumpul. Banyak betul koleksi.. niceee
ReplyDeleteDulu rajin kumpul. Singgah kedai runcit pun sebab nak cari jajan. 😅
Deleteowh tu ka namanya. canggih naaa.
ReplyDeletemasa kecik dulu panggil kad 3D, tah mana datang nama tu tah.
makan nasi berulam mamee la nampaknya, nak ngumpul kad.
Lebihan jajan tu simpan buat pekasam. 😆
DeleteKalau kat kedai runcit kampung zaman akak dulu, satu paket mamee harga 2 kupang, dapat sticker biasa, bukan lentikular. Penuh kepala katil akak, akak tampal. Katil pun dah tak dak, arwah mak jual. ^_^
ReplyDeleteSama lah kita. Dulu memang meriah bilik dengan stiker Mamee ni. Sampai kat peti sejuk dan perabot pun ada stiker.
DeleteLentikular rupanya nama untuk dwi gambar 😃
ReplyDeleteBaru nampak fancy sikit. 😄
Deletebyk juga tu nak kumpul
ReplyDeleteMemang banyak. Harap dapat lah design yang lain-lain.
Delete