Ada orang panggil tauge hijau sebab warnanya hijau berbanding tauge biasa yang warnanya putih. Ada orang panggil tauge Cameron sebab tauge ni ditanam di Cameron.
Pertama kali aku jumpa tauge hijau ni. Masa masuk pasar raya, aku nampak sayur ni dalam peti sejuk. Seingat aku, sebelum ni tak wujud pun sayur ni kat situ. Mungkin produk baru yang pasar raya ni jual.
Aku ambli sepaket. RM2.20 harganya. Banyak jugak. Kira-kira 2 mangkuk banyaknya bila aku masukkan dalam tu. Aku beli pun konon nak cuba makan. Tapi tak tahu macam mana nak masak sayur ni. 😂
Hentam je lah. Aku masak macam aku masak tauge biasa. Tumis. Ada bawang putih, cili merah dan telur ayam hancur. Tambah sikit serbuk perasa supaya ada rasa sikit. Risau tawar.
Rasa tauge hijau ni ada lah sikit nak sama dengan tauge biasa. Cuma payah sikit nak hancurkan bila kunyah tu. Agak liat. Kena kunyah banyak kali baru boleh telan. Mungkin tauge hijau ni banyak serat.
Aku cari info pasal tauge hijau ni. Asalnya dari kacang pea. Dalam English dipanggil pea sprout. Kalau tauge biasa tu dipanggil mung bean sprout. Asal dari kacang hijau yang orang buat bubur tu.
Memandangkan harganya mampu beli dan stok tauge biasa selalu habis dijual, lepas ni kalau berkunjung ke sana lagi, memang aku akan beli lagi tauge Cameron ni. 😆
5 Comments
Ya betul, taugeh ni liat sikit.
ReplyDeletePH pun dah lama tak beli, macam teringin pulak 😅
wa, boleh tanam ni... hihihi.. hijau ...
ReplyDeleteWah... akak pun tak pernah makan ni. Dok nampak taugeh biasa je, tauge cameron tak pernah pula jumpa.
ReplyDeleteBelum pernah makan, boleh try nanti.
ReplyDeleteSaya suka makan tauge masak lemak..
ReplyDelete