Pertama kali masak tauge Cameron.


Ada orang panggil tauge hijau sebab warnanya hijau berbanding tauge biasa yang warnanya putih. Ada orang panggil tauge Cameron sebab tauge ni ditanam di Cameron.

Pertama kali aku jumpa tauge hijau ni. Masa masuk pasar raya, aku nampak sayur ni dalam peti sejuk. Seingat aku, sebelum ni tak wujud pun sayur ni kat situ. Mungkin produk baru yang pasar raya ni jual.

Aku ambli sepaket. RM2.20 harganya. Banyak jugak. Kira-kira 2 mangkuk banyaknya bila aku masukkan dalam tu. Aku beli pun konon nak cuba makan. Tapi tak tahu macam mana nak masak sayur ni. 😂


Hentam je lah. Aku masak macam aku masak tauge biasa. Tumis. Ada bawang putih, cili merah dan telur ayam hancur. Tambah sikit serbuk perasa supaya ada rasa sikit. Risau tawar.

Rasa tauge hijau ni ada lah sikit nak sama dengan tauge biasa. Cuma payah sikit nak hancurkan bila kunyah tu. Agak liat. Kena kunyah banyak kali baru boleh telan. Mungkin tauge hijau ni banyak serat.


Aku cari info pasal tauge hijau ni. Asalnya dari kacang pea. Dalam English dipanggil pea sprout. Kalau tauge biasa tu dipanggil mung bean sprout. Asal dari kacang hijau yang orang buat bubur tu.

Memandangkan harganya mampu beli dan stok tauge biasa selalu habis dijual, lepas ni kalau berkunjung ke sana lagi, memang aku akan beli lagi tauge Cameron ni. 😆

Post a Comment

20 Comments

  1. Ya betul, taugeh ni liat sikit.
    PH pun dah lama tak beli, macam teringin pulak 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ingatkan saya sorang je rasa macam tu. 😅

      Delete
  2. wa, boleh tanam ni... hihihi.. hijau ...

    ReplyDelete
  3. Wah... akak pun tak pernah makan ni. Dok nampak taugeh biasa je, tauge cameron tak pernah pula jumpa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba lah nanti. Bagi saya, tauge biasa lagi sedap. 😁

      Delete
  4. Belum pernah makan, boleh try nanti.

    ReplyDelete
  5. Saya suka makan tauge masak lemak..

    ReplyDelete
  6. Pernah masak juga tapi lama gak tak beli.

    ReplyDelete
  7. selalu je nampak taugeh ni tp x terasa nak beli sebab x tau nak masak apa😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam-macam boleh buat sebenarnya. Ikut cara sendiri lagi baik.

      Delete
  8. Tauge biasa pun saya tak suka sangat, kalau tauge hijau ni lagilah xD

    ReplyDelete
  9. Sha tumis dengan udang je selalunya.. Pucuk tauge ini memang sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus jugak macam tu. Boleh pelbagaikan menu.

      Delete
  10. Betul taugeh hijau ni liat sedikit . Hari tue beli popia sira sambal ..seller tu letak popia hijau ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduh. Kenapa lah diletak tauge ni. Liat lah popia tu.

      Delete