Roppongi Class TV3 minggu akhir.


Hari Ahad lepas, drama Jepun Roppongi Class yang TV3 tayang dah sampai ke penghujung. Sempat jugak aku layan. Cuma sekarang baru nak ulas. Minggu akhir ni minggu bagi episod 12 dan 13.

Episod lepas ada diceritakan pasal peralihan kuasa syarikat Nagaya. Kononnya Shigeru Nagaya tu nak bersara atas kerelaan sendiri. Tapi Arata tak nak macam tu. Dia nak heret Shigeru tu supaya dibuang daripada jawatan tu.


Tapi plan diorang tak jadi sebab Shigeru ni sangat licik. Aoi bertanding dengan calon pilihan Shigeru tapi Aoi kalah. Kurang undi.

Ingat tak dulu anak sulung Shigeru iaitu Ryuga kena penjara? Sekarang dia dah bebas dan rancang untuk balas dendam kat ayah dia dan Arata.




Aoi diculik. Arata dan Ryuji pergi cari tapi Arata kena tembak dan Ryuji kena tangkap. Sekali dengan Aoi. Diorang disembunyikan kat dalam gudang lama syarikat Nagaya.

Arata koma. Dalam koma tu, dia jumpa ayah dia. Scene ni TV3 tak potong. Tapi kalau potong, takde masalah pun sebenarnya sebab tak kacau jalan cerita.



Masa jumpa ayah dia, Arata seolah-olah diberi pilihan sama ada nak ikut ayah dia atau tak. Tapi Arata pilih tak walaupun dia sangat rindukan ayah dia. Tak lama lepas tu, Arata pun sedar.

Dia pun gigih pergi cari Aoi kat gudang tu. Ryuji kena pukul sebab nak selamatkan Aoi. Aoi cuba larikan diri lepas dicederakan Ryuga. Nasib baik Arata datang.


Lepas tu, syarikat Nagaya diserbu agensi penyiasatan. Yuka selama ni kumpul bukti salah laku syarikat Nagaya. Lepas dia letak jawatan, Yuka hantar bukti tu kepada agensi penyiasatan.



Syarikat Nagaya pun terus jatuh. Nak jual tak berbaloi sebab nilai yang terlalu murah. Dengan guna peluang ni, Arata cuba deal untuk beli syarikat tu.



Sebab nak dapatkan semula syarikat tu dan untuk elak dari dijual, Shigeru pergi jumpa Arata. Konon nak mintak tolong.

Tapi Arata tak peduli. Sebab ni yang selama ni dia nak. Dia nak Shigeru yang sombong dan bongkak tu jatuh.

Cerita pun habis. Masing-masing teruskan hidup macam biasa. Ryota ajak Riku pergi tengok wayang (babak ni ada unsur LGTVHD), Aoi bercinta dengan Arata, Yuka bukak kedai makan dan Ryuji pergi merantau. Mungkin ke USA untuk belajar lagi pasal dunia bisnes.





Lepas ni tak tahu drama Jepun apa yang akan tayang kat TV3 slot Yoshi tu. Setakat ni belum ada apa-apa iklan kat TV. Harap cerita best lah. Kalau bosan, aku tak layan. 😅

Post a Comment

0 Comments