Hari Ahad lepas, drama Jepun Roppongi Class yang TV3 tayang dah sampai ke penghujung. Sempat jugak aku layan. Cuma sekarang baru nak ulas. Minggu akhir ni minggu bagi episod 12 dan 13.
Episod lepas ada diceritakan pasal peralihan kuasa syarikat Nagaya. Kononnya Shigeru Nagaya tu nak bersara atas kerelaan sendiri. Tapi Arata tak nak macam tu. Dia nak heret Shigeru tu supaya dibuang daripada jawatan tu.
Tapi plan diorang tak jadi sebab Shigeru ni sangat licik. Aoi bertanding dengan calon pilihan Shigeru tapi Aoi kalah. Kurang undi.
Ingat tak dulu anak sulung Shigeru iaitu Ryuga kena penjara? Sekarang dia dah bebas dan rancang untuk balas dendam kat ayah dia dan Arata.
Aoi diculik. Arata dan Ryuji pergi cari tapi Arata kena tembak dan Ryuji kena tangkap. Sekali dengan Aoi. Diorang disembunyikan kat dalam gudang lama syarikat Nagaya.
Arata koma. Dalam koma tu, dia jumpa ayah dia. Scene ni TV3 tak potong. Tapi kalau potong, takde masalah pun sebenarnya sebab tak kacau jalan cerita.
Masa jumpa ayah dia, Arata seolah-olah diberi pilihan sama ada nak ikut ayah dia atau tak. Tapi Arata pilih tak walaupun dia sangat rindukan ayah dia. Tak lama lepas tu, Arata pun sedar.
Dia pun gigih pergi cari Aoi kat gudang tu. Ryuji kena pukul sebab nak selamatkan Aoi. Aoi cuba larikan diri lepas dicederakan Ryuga. Nasib baik Arata datang.
Lepas tu, syarikat Nagaya diserbu agensi penyiasatan. Yuka selama ni kumpul bukti salah laku syarikat Nagaya. Lepas dia letak jawatan, Yuka hantar bukti tu kepada agensi penyiasatan.
Syarikat Nagaya pun terus jatuh. Nak jual tak berbaloi sebab nilai yang terlalu murah. Dengan guna peluang ni, Arata cuba deal untuk beli syarikat tu.
Sebab nak dapatkan semula syarikat tu dan untuk elak dari dijual, Shigeru pergi jumpa Arata. Konon nak mintak tolong.
Tapi Arata tak peduli. Sebab ni yang selama ni dia nak. Dia nak Shigeru yang sombong dan bongkak tu jatuh.
Cerita pun habis. Masing-masing teruskan hidup macam biasa. Ryota ajak Riku pergi tengok wayang (babak ni ada unsur LGTVHD), Aoi bercinta dengan Arata, Yuka bukak kedai makan dan Ryuji pergi merantau. Mungkin ke USA untuk belajar lagi pasal dunia bisnes.
10 Comments
Kalau best mesti viral dan kita pun cpt cpt nak tgk hahaha
ReplyDeleteMungkin baru lagi kemunculan drama Jepun kat TV3 setelah sekian lama menghilang. Nanti lama-lama viral lah ia. 😅
DeleteSambil baca tertengok plak macam ayam lemon je tu 😁
ReplyDeleteItu yang menarik. Ditaruk sos lemon kat ayam goreng tu.
DeleteSaja nak komen lagi walaupun tadi baru komen. Yoshi minggu lepas dah jadi drama Melayu, ulangan cerita apa tah.
ReplyDeleteSatu lagi waktu minggu akhir tu, untuk ep12 dah hujung² episod barulah jadi sawan kat subtitle tu, sawan pasal tak sync.
Ep13 pun sama jugak tapi time dekat² nak iklan. Haha, iklan tu je lah penyelamat kepada subtitle tak sync ni.
Tak surelah minggu ni ada tak drama Jepun baru pasal diorang pun letak iklan lepas seminggu dua tayangan. Dulu drama Silent pun macam tu jugak, subtitle tak sync tapi teringin nak layan. Haih..
p/s: haritu hampir-hampir nak e-mail kat TV3 pasal isu subtitle ni :)
Subtitle tak sync tu saya pun tak pasti macam mana diorang edit. Bila ada babak dipotong, subtitle tak dipotong. Sepatutnya kena edit subtitle tu.
DeleteEpisod 13 banyak babak dipotong. Dah lah episod akhir. Sayang betul. Sebab kesannya pada subtitle tu.
Setakat ni saya pun tak nampak bayang drama Jepun baru yang akan TV3 tayang kat slot Yoshi. Harapnya ada lah nanti.
Akak tak pernah follow pulak rancangan jepun petang-petang tv3 ni. Pukul 7 ye?
ReplyDeleteBaru lagi. Setakat ni baru 2 drama Jepun yang tayang. Pukul 7 petang setiap Sabtu dan Ahad. Tapi lepas Roppongi Class ni tamat, belum ada drama Jepun yang masuk dalam slot Yoshi.
DeleteSaya rasa slot Yoshi untuk sementara waktu ni tak available. Cuba tengok kalendar, tak banyak minggu lagi sebelum Ramadan. Ada logik juga kalau tayangan ditangguhkan dan dibawa ke selepas Ramadan. Taknak masyarakat lalai-lah katakan.
ReplyDeleteTayangan sementara drama Melayu lama yang saya tengok minggu lepas mungkin just nak isi kekosongan slot. Tak silap minggu lepas dah bertukar jadi Pujaan Hati Kanda (2018). Mungkin rancangan tu akan run sepanjang bulan puasa.
Kita tunggulah sampai habis bulan puasa ni dan tengok apa jadi. Kalau tak ada drama Jepun, jom ramai ramai spam e-mail, komen TV3! Bukan apa, pasal tengok kat tv bak kata bro Bola Katok, lagi feel kalau tengok kat tv!
Itu lah. Setakat saya tengok jadual TV3 sepanjang bulan puasa nanti, takde pulak slot Yoshi. Tak pasti kenapa tak terus sambung. Padahal slot ni hanya tayang setiap Sabtu dan Ahad je. Ulangan pun Isnin dan Selasa yang mungkin tak perlu buat pun.
DeleteMacam mana lah nak tarik penonton kalau slot ni sekejap ada sekejap takde. 😌