Lambat sikit aku update pasal drama Jepun ni untuk minggu ni. Kisah minggu ni lebih kepada usaha kebangkitan Arata and the gang untuk bersihkan nama baik dan naikkan semula reputasi izakaya diorang.
Episod sebelum ni, diorang jadi mangsa scam oleh Nagaya. Rupanya Golden Earth Capital yang kononnya nak melabur dalam pasaran francise Miyabe the Second, dirancang oleh Nagaya.
Untuk naikkan semula reputasi izakaya diorang, Riku terus buat yang terbaik dalam pertandingan masakan kat stesen TV. Tapi Ryuji yang sekarang ni kerja kat Nagaya, cari cara untuk jatuhkan Riku.
Episod 10, isu transgender mula jadi topik utama. Ada babak yang TV3 potong. Pasal transgender ni lah. Agak sensitif untuk masyarakat dan agama kita. Bila dipotong, subtitle pun tak sync. 😓
Sebelum pertandingan akhir tu, ada artikel online pasal Riku sebenarnya transgender (dari lelaki tukar ke perempuan). Dia tak pernah bagitau sesiapa kecuali team Miyabe the Second dan Ryuji. Sebabkan tu, dia down dan tak semangat nak teruskan pertandingan tu.
Rupanya Ryuji yang bagitau kat wartawan sebab nak jatuhkan Riku. Tapi lepas Aoi bagi kata-kata semangat, Riku teruskan jugak dengan pertandingan memasak tu dan berjaya jadi pemenang.
Episod 11 pulak, lepas menang pertandingan dan berjaya kembalikan reputasi kedai, Arata teruskan dengan misi besarkan francise dia. Dia join event berkaitan francise untuk tarik pelabur melabur dalam syarikat dia.
4 tahun lepas tu, syarikat diorang iaitu Roppongi Class aka RC dah berjaya. Masing-masing dah jadi top management. Diorang dah tak kerja atau masak kat izakaya lagi. Cuma datang untuk pantau keadaan bar tu je.
Dalam masa sama, Nagaya sakit teruk. Disebabkan tu, dia plan nak jadikan anak kedua dia, Ryuji sebagai pewaris syarikat untuk teruskan legasi keturunan dia dalam syarikat tu.
1 Comments
Transgender ni macam sekarang ni diselit pula dalam cerita. Dulu macam tak ada.
ReplyDelete