Tak lama dulu aku pernah info pasal air kopi Wonda edisi Keluang Man masa mula-mula keluar. Waktu tu cover kat tin tu gambar Keluang Man.
Yang terbaru ni gambar Ahmad. Siapa Ahmad? Ahmad ni salah sorang watak dalam filem live action Keluang Man yang dimainkan oleh pelakon Rosyam Nor.
Dari segi rasa, air tin cover Ahmad ni sama je macam yang sebelum ni. Mungkin gambar kat tin tu je yang lain tapi rasa semua sama.
Bagi siapa yang tak suka kopi pekat, aku sarankan tambah ais. Sebab bila ais ada, kepekatan kopi ni jadi kurang sikit. Kopi ni pun ada tongkat ali. Bagi siapa yang alah tongkat ali, jangan sesekali minum. Kang terbelalak mata sepanjang hari.
12 Comments
Cantik illustration pada tin air kopi wonda tu ..
ReplyDeleteKann. Nampak berseni.
DeleteWah, rupanya ada cover Ahmad juga, selain dari Kluang Man. Bagus la kopi kaw. Baru boleh mengaji, tak ngantuk. Kalau tak baru separuh mukasurat, dah menguap. :D
ReplyDeleteKalau suka bagus lah. Saya tak boleh sangat kopi terlalu kaw. Pening lalat dibuatnya.
DeleteDlm animasi Keluang Man dulu² ada ke watak Ahmad ni? Lupa dah 😅
ReplyDeleteMacam takde. Mungkin watak baru sempena filem akan datang ni.
DeleteBelum pernah cuba try rasa produk ni
ReplyDelete😅
DeleteKena simpan satu yang belum diminum lagi untuk dibuat koleksi.
ReplyDeleteBaik. Nanti beli nak simpan jugak.
Deletekurangkan kopi.. hehehe..
ReplyDeleteKopi gini saya kurang minum. Selalu minum kopi kosong je. 😆
Delete