Beli kopi Wonda percuma komik Keluang Man.


Bila aku dapat info pasal komik Keluang Man percuma, terus aku beli kopi Wonda. Aku beli kat Lazada. Kena beli air kopi Wonda at least RM16 akan dapat komik percuma.


Tak lama pun tunggu. Dalam masa 3 hari dah sampai. Baru je pagi tadi sampai. Tapi tak boleh lah aku nak review rasa air kopi ni. Lepas berbuka baru boleh cuba.


Jadi aku review lah komik Keluang Man ni dulu. Aku dah habis baca pun. Komik ni kiranya prekuel filem live action Keluang Man nanti. Macam filem Aliff dalam 7 Dimensi. Diorang terbitkan komik. Lepas tu baru keluar filem.



Plot komik Keluang Man ni masih sama macam animasinya episod 1. Cuma ada beberapa babak tambahan. Macam upgrade sikit dari versi animasi.

Contohnya pakaian atau sut Keluang Man tu sut versi filem. Kalau versi original, sut tu takde lah detail macam tu. Ada jugak karakter tambahan dalam komik ni bagi menyedapkan lagi jalan cerita gitu.



Lukisan dalam komik ni dilukis oleh Firdaus Omar. Aku tak pasti dia terlibat ke tak dalam animasi atau komik Keluang Man dulu-dulu tu. Sebab lukisan dia tak sama sangat dengan versi asal Keluang Man. Nampak lebih moden dan terperinci.





Aku yakin peminat Keluang Man teruja tatkala menunggu filem live action yang bakal tayang tahun ni. Sambil tunggu, macam-macam promosi ada.



Selain komik ni, nanti akan ada beberapa promo menarik. Info terbaru ni aku dapat kat FB. Antara promo menarik termasuk lah figura aksi watak dalam cerita Keluang Man. Ada 4 kesemuanya. Figura aksi ni boleh dapat kat stesen minyak Shell.


Setakat ni, belum ada lagi info terbaru pasal figura aksi ni. Mulanya ada info kalau nak dapatkan figura aksi ni, perlu beli kopi Wonda at least RM15. Lepas tu jumpa pulak poster lain yang kata kena WhatsApp pulak untuk join. 😓

Post a Comment

7 Comments

  1. Bestnya dapat komik keluang man percuma

    ReplyDelete
  2. Moga ada rezeki BK dapatkan figura kecik tu

    ReplyDelete
  3. Rupanya BK peminat Kluang Man

    ReplyDelete
  4. Dapat kumpul figura tu yang rare.. Bukan senang animasi Malaysia nak keluarkan figura. Upin ipin dan boboiboy dah ada.. Kluangman bakal menyusul..

    ReplyDelete
  5. Menarik nampak komik tu. Generasi skrg yg tak kenal Kluangman boleh la baca komiknya ni. Dah keluar filemnya nanti bolehlah pakat support

    ReplyDelete
  6. keluang man hanya dikenali generasi lama.. :D :D :D generasi yg melahirkan bakal pemimpin akan datang.. hihihi

    ReplyDelete
  7. waahhh siap dpt komik keluang man!

    ReplyDelete