Beli lagi Sambal Nyet Berapi Khairulaming.


Aku beli lagi sambal ni. Sebenarnya bukan nak makan sangat. Tapi sebab nak dapatkan kad percuma. Kali ni ada kad baru. Sempena sambal ni diiktiraf halal oleh JAKIM.

Setakat ni aku dah beberapa beli Sambal Nyet Berapi kat Shopee. Selain sambal, ada jugak Dendeng Nyet Berapi. Tapi aku tak suka sangat rasanya. Tak kena dengan tekak aku. 😅

Kemunculan pertama kali sampul duit raya



Nak dapatkan sampul duit raya versi dendeng, tak mampu. Kena beli bundle sambal atau dendeng tu baru dapat sampul duit raya percuma. Jadi, mampu kumpul kad ni je lah. 😥


Harapnya sambal baru ni serasi lah dengan perut aku. Risau jugak bulan puasa ni makan pedas-pedas masa berbuka. Kang tak pepasal masa tarawih perut meragam. Naya lah. 😂

Post a Comment

22 Comments

  1. beli sambal nyet tak dpt sampul raya KA ke BK?

    ReplyDelete
  2. Beli di shopee ke TT ni BK? anak dara sy suka sangat sambal² mcm ni tp dia x tahan pedas pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shopee. Kali ni sambalnya menjadi. Kurang sakit perut macam dulu.

      Delete
  3. sambal nyet tk bole mkn sbb pedas sgt...kita tk mkn pedas...tp husband suka la...so kita beli dendeng nyet je yg slalu repeat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Sambal ni pedas. Kalau siapa makan rasa tak pedas tu, something wrong lah gamaknya.

      Delete
  4. Tak pernah lagi kedua-dua sambal..

    ReplyDelete
  5. Tak pernah lagi merasa sambal nyet ni. Satu hari, nak try beli juga. Tapi di shopee, bila buka kedai dia, selalu sold out.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena itu timing. Boleh tengok kat gambar dalam Shopee tu. Diorang akan tambah stok ikut waktu tu. Sekarang ambil masa jugak untuk stok tu sold out lepas diorang tambah.

      Delete
  6. hari tu ms check beg kuning, katanya order mulai dpt 23hb. pd hal masa tu sy nak order baru 8/3 kot... lama betul nak tggu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. TikTok ke? Saya tak pasti kalau yang tu. Saya beli kat Shopee. Cepat sampai.

      Delete
  7. p/s nanti respon ya komen yang sy beritahu tu...

    ReplyDelete
  8. Dendeng sedap tapi sambal nyet tu agak pedas, tapi sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Sedap cuma pedas tu yang tak semua jadi sedap.

      Delete
  9. Nanti habis puasa atau masa raya boleh makan sambal tersebut...lebih layan bila jamu dengan tetamu istimewa

    ReplyDelete