Dapat jugak keychain Keluang Man x Wonda kat 7e.


Tadi aku singgah 7e. Punya lah excited bila dapat tahu yang keychain Keluang Man dah masuk. Aku tunggu dari 14 Mac lagi. Sebab sepatutnya tu tarikh rasmi yang Wonda info.


Mungkin ada delay ke apa entah. Tapi tak kisah lah. Asalkan keychain Keluang Man yang aku nak ni ada. Bukan scam semata-mata.

Setiap pembelian RM10 dapat keychain


Keychain ni bukan dijual. Kena beli air tin Wonda at least RM10, dapat lah seketul keychain Keluang Man. Ada 2 design. Niatnya aku nak 2 design je. Tapi sebab keychain ni barang limited, aku tambah lagi air tin Wonda untuk dapatkan 2 keychain lagi.





Masa aku bukak peti ais 7e tu, aku perasan tin air kopi Wonda tu ada versi kucing. Baru aku ingat sebelum ni Wonda pernah info pasal kepelbagaian gambar kat tin air kopi Wonda. 



Yang aku beli ni gambar kucing. Namanya Bebe. Kucing kesayangan Keluang Man. Comel tak? Hanya 7e je yang ada jual. Tempat lain takde. Eksklusif gitu.

Dapat lagi sampul duit raya 7e



Tak lupa jugak sampul duit raya dari 7e. Setiap pembelian RM20 akan diberi sampul percuma. Aku pernah review pasal ni dalam entri lepas. Staff 7e sini baik. Aku dapat extra sampul. Ni yang buatkan aku nak pergi lagi ke 7e ni. 😆

Lupakan promo myNEWS


Cuma aku agak terkilan sebab promo myNEWS aku rasa aku terpaksa lupakan. Promo ni kalau beli air kopi Wonda, dapat komik Keluang Man percuma.


Kalau tengok iklan, katanya total ada 4 komik kesemuanya. Tapi tengok orang share, ada 2 ketul je setakat ni. Diorang sakan borong air kopi Wonda sebab nak dapatkan komik ni.

View dari depan.

View dari belakang.

Kat tempat aku takde cawangan myNEWS. Sedih betul. Macam tak adil pulak diorang buat promo macam tu. Tempat korang ada myNEWS tak? Ada sesiapa yang boleh tolong dapatkan komik-komik ni untuk aku? 😭

Post a Comment

0 Comments