Dapat sampul duit raya Pos Malaysia 2025.


Sebelum weekend minggu lepas, aku dapat info Pos Malaysia dah start jual sampul duit raya. Tak silap aku, ni kali pertama diorang jual sampul duit raya asing-asing macam ni. Sebelum ni kena beli barang lain atau buat pembayaran tertentu, baru dapat sampul duit raya.


Dan disebabkan tu jugak lah aku nak sangat dapatkan sampul duit raya tahun ni. Selain untuk simpanan koleksi, aku nak jadikan sampul duit raya ni sebagai kenang-kenangan.

Gigih ke pejabat pos


Nak pergi pejabat pos, lokasinya agak jauh. Nak contact, sekarang pejabat pos takde servis macam tu dah. Jadi, terpaksa lah aku ke sana dengan harapan ada lah sampul duit raya. Sebab sesetengah tempat dah habis dan ada jugak yang belum masuk.

Mungkin rezeki aku hari tu. Sampai sana, takde customer pun. Staff ada 2 orang kat kaunter. Aku tanya pasal sampul duit raya. Akak staff tu kata ada. Baru masuk hari sebelum tu.

Akhirnya berjaya beli


Aku pun apa lagi, terus beli. Nak beli banyak, macam membazir pulak. Setiap set tu ada 10 keping sampul duit raya. Cukup lah 4 set dalam simpanan. 😁




Sampul duit raya ni tebal. Permukaannya jenis matte. Siap ada ukiran lagi kat permukaan depan dan belakang sampul. Entah siapa yang design sampul ni. Sangat lawa.


Lupa nak bagitau. Harga sampul duit raya ni RM6 per set. Aku kira cukup murah dengan kualiti sampul raya ni. Untuk dapatkan sampul duit raya secara berasingan macam ni, kena beli kat pejabat pos atau kisok.

Post a Comment

0 Comments