Dapat sampul raya dari ZUS Coffee.


Kali pertama aku beli air kat ZUS ni. Cawangannya baru lagi bukak. Walaupun selalu jugak aku lalu depan kedai tu, tapi entah kenapa tak terasa nak beli.

Masa scroll FB, terperasan pulak ZUS ada bagi sampul raya free. Lawa betul design sampul tu. Gambar kartun. Siap ada sticker lagi.


ZUS collab dengan Projek SembangSembang. Diorang ni deisgner untuk barang-barang atau merchandise. Kalau tengok produk yang diorang buat, harga agak keras. Patut lah ramai yang nak sangat dapatkan sampul raya ZUS tahun ni.

Syaratnya kena beli air minimum RM20. Aku pun beli lah kat app ZUS sebab malas nak keluar petang-petang. Kat sini setiap petang Khamis, jalan bukan main jem. Lagi-lagi bulan puasa macam sekarang.


Air RM20.40 untuk 2 ketul. Caj penghantaran RM6. Total aku bayar RM26.40. Aku kira agak berbaloi jugak lah.

Tak lama tunggu. Dalam 30 minit, rider Foodpanda datang bagi order aku. Sebenarnya aku ingatkan ZUS ni ada rider sendiri macam McD. Rupanya diorang pakai Foodpanda.

Air buah vs air kopi


Aku suka air laici strawberi. Tak manis. Tapi tak pulak tawar. First time aku rasa air buah pesen gini. Kat label tu tulis zero calorie sugar. Mungkin sebab tu lah kot rasanya tak manis bergula.


Air gula melaka tu pulak boleh tahan sedapnya. Rasa kopi tu sedap. Ada aroma arang. Cumanya rasanya sangat lah manis. Sampai sengal gigi aku masa tarawih tadi. 😭

Sampul raya dan sticker


Sebab utama aku beli air ZUS ni untuk dapatkan sampul raya. Nak buat koleksi sampul raya untuk tahun ni. Lagipun, benda free kan?



Sampul raya ni ada 5 jenis design kesemuanya. Jarang jugak nak jumpa sampul raya yang ada design lain-lain dalam setiap set. Selalunya design sama.


Material setiap sampul raya ni aku letak dalam kategori premium. Bukan jenis kertas sampul raya pasar malam tu. Sampul raya Zus ni jenis keras dan tulisan kat permukaan tu timbul.


Selain sampul raya, ZUS bagi jugak sticker free. Katanya sticker ni boleh guna untuk tampal kat tumbler. Bagi bercorak gitu. Tapi aku nak guna pun sayang. 😂

Post a Comment

20 Comments

  1. Entahlaj nak beli atau tidak air zus. Sampul duit tahun2 lepas pun banyak belum digunakan lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni untuk koleksi. Sayang pulak nak guna. 😅

      Delete
  2. Cantik!
    Nampak suasana kemeriahan raya tu 👍🏻

    ReplyDelete
  3. Wah, cantik sampul raya. Hihi.. sampai sengal gigi, ya? :D
    Tak pernah lagi cuba Zus gula melaka.
    Baru tahu yang dia delivery guna foodpanda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin terlebih manis buat saya. Sebab minum air laici strawberi tu, elok pulak rasanya.

      Delete
  4. Saya pun dh beli smalam. Cantik sampul raya zus tahun ni, warna vibrant!
    Yg lychee strawberry tu sedap, segar tekak. Tpi last time saya minum dia mcm rasa soda2 gas sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap. Rasa gas tu ada. Tapi tak banyak. Secukup rasa.

      Delete
  5. kalau sampul limited edition memang simpan jela, sayang nak bagi orang kan

    ReplyDelete
  6. Wowww... meriah designnya tu. Kalau limited edition memang sayanglah nak guna. Kalau nak guna tunggulah beberapa tahun lagi bila dah puas belek.

    ReplyDelete
  7. aaa tapi zus punya lagi comel! memang suka kumpul sampul raya ek.

    ReplyDelete
  8. cantik2 belaka pandai zus beli jiwa customer mrk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul dah tu. Ni pun sebab sampul saya beli air. 😆

      Delete