Sebenarnya dah lama aku perasan. Even aku sendiri pun alami benda ni. Aku nak share pengalaman aku bila masuk part solat sunat witir usai solat sunat tarawih.
Aku perasan lepas lengkap 8 rakaat solat sunat tarawih dan imam baca doa, akan ada beberapa muka baru jemaah yang keluar untuk pulang dari surau.
Aku tertanya-tanya sama ada diorang balik sebab ada kes urgent atau sebab diorang ingatkan imam nak buat solat sunat tarawih sampai 20 rakaat?
Dulu masa mula-mula solat kat surau kampung aku ni, aku ragu-ragu lepas lengkap 8 rakaat. Aku ingatkan imam nak sambung sampai 20 rakaat. Rupanya solat seterusnya tu adalah solat sunat witir.
Cuma aku agak pelik. Sebab tak setiap hari ada indikator untuk solat sunat witir. Tak silap aku, sepanjang aku solat sunat tarawih kat sini, hanya sekali je bilal bagi indikator untuk solat sunat witir lepas selawat dan wirid pada akhir rakaat kelapan.
Untuk jemaah yang biasa bertandang kat surau tu, diorang memang tahu solat sunat tarawih hanya 8 rakaat. Tapi untuk jemaah muka baru, pasti ragu-ragu sama ada imam nak sambung solat sunat tarawih atau nak solat sunat witir. 😌
10 Comments
haah pastu cmne muka baru tu nak tahu yg lps tu adalah solat sunat witir & bukan imam nak sambung 20 rakaat hehe
ReplyDeleteItu lah masalahnya. Mungkin jemaah muka baru perlu tanya jemaah lain kat situ buat berapa rakaat.
Deletebetul. boleh je terangkan sikit sebelum mula solat. kita solat 8 rakaat dan kemudian sambung dengan witir tuan tuan dan puan puan. ni main terjah solat je kan...kesian yg dibelakang. makmum perempuan kat belkang lagilah
ReplyDeleteSetuju jugak macam tu. Ambil masa beberapa saat sebelum mulakan solat tarawih untuk maklumkan pasal ni.
Deletekalau sy jd makmum situ sy akan dgr apa surah imam baca utk 1st rakaat. kalau dia baca surah al-a'la... maknanya tu dah solat witir. bg sy indikatornya surah al-a'la..
ReplyDeleteTapi betul-betul lepas bacaan doa selepas rakaat 8, diorang dah angkat kaki. 😄
DeleteHa ah, ada perasan juga, macam budak muda baru datang, dia ikut sampai 10, sebab ingat witir kot, sedangkan masjid sini memang buat 20. Tapi pernah pergi masjid lain jauh sikit, imam ada cakap lepas selesai 8, solat witir.
ReplyDeleteKalau yang alert, bagus. Kalau tak, haru-biru lah niatnya. 😭
Deletewaktu habis selawat tu..akan mention sama ada nak terawih atau witir...bagi mereka yang sudah lama berkecimpung dalam hal ini memang akan faham
ReplyDeletePatut kena maklum solat witir supaya org ramai yg berjemaah tak keliru.. nanti dah niat taraweh tapi ikut imam solat witir :D
ReplyDelete