Kumpul merchandise raya ZUS Coffee.


Hari tu aku dah beli air kopi ZUS sebab nak dapatkan sampul duit raya yang aku kira sangat lawa. Kali ni, aku beli lagi air ZUS sebab nak dapatkan beberapa merchandise menarik sempena raya.





Antaranya ialah keychain. Baru beberapa hari lepas aku dapat info pasal ni. Beli air minimum RM15, akan dapat sampul duit raya berserta keychain. Menarik tak?


Selain tu, ada benda yang lagi menarik. Kalau beli air jagung, akan dapat kad mainan percuma. Aku terus order sebab risau stok habis. Masa aku tulis ni, stok sampul duit raya kat cawangan ni dah sold out.




Bagi aku, promo raya ZUS ni cukup menarik dan berbaloi. Tak macam kebanyakan kedai air lain yang perlu spend fulus yang banyak untuk dapat free gift.

Post a Comment

4 Comments

  1. betul tu setakat ni Zus, Mixue, Sinar Bakery yg paling sikit spend utk dpt raya gift.. yg lain2 hurmmmm

    ReplyDelete
  2. Rajin ye, kumpul merchandise zus. Sedap tak creamy corn frappe tu? Musykil juga corn latte tu, rasa camana.

    ReplyDelete
  3. Kumpul jangan tak kumpul.. Hihi.

    ReplyDelete