Hari tu lepas aku balik dari pejabat pos, aku singgah lah kat 7e. Niatnya nak cari benda baru kat dalam tu. Alang-alang dah sehala lalu jalan tu.
Entah kenapa dalam tu ramai pulak staff duk berhimpun. Tak pernah aku tengok diorang. Macam dari cawangan lain. Diorang tengah buat stocktake ke apa entah.
Kena beli barang RM20
Aku terus ke kaunter. Bila nampak staff, aku buat-buat tanya pasal sampul duit raya. Kata sorang staff kat situ, ada. Tapi kena buat pembelian at least RM20.
Gelabah aku. Tak tahu nak beli apa. Selalunya aku beli barang kat 7e tak sampai pun RM10. Kalau lebih tu, jarang sekali.
Ambil komik Lawak Kampus
Cari punya cari, aku nampak ada komik Lawak Kampus jilid 51. Komik terbaru. Komik ni sebenarnya aku plan nak beli kat Popular sebab dapat diskaun.
Tapi kes dah ada kat sini dan keadaan yang memaksa, aku pun beli. Tambah sikit barang lain untuk cukupkan RM20.
Sampul percuma hanya bermula 17 Mac!
Masa nak bayar, staff junior situ gelabah. Tak boleh nak proceed dalam sistem. Staff dari cawangan lain muncul dari belakang dan inform. Rupanya sampul ni hanya boleh dapat bermula 17 Mac. Alamak!
Tapi staff senior cawangan tu kata boleh je bagi aku sampul duit raya tu. Nanti dia adjust balik stok. Sebab katanya benda-benda macam ni akan ada audit.
Jadi, aku balik lah dengan perasaan lega. Malas lah aku nak singgah 7e acap kali. Dah lah jauh. Kalau ada runner untuk tolong hantar barang takpe lah jugak. 😭
Sampul duit raya 7e edisi 2025
Ni julung kalinya aku berjaya pegang sampul duit raya dari 7e. Sebelum ni tak pernah pun terasa nak kumpul sampul-sampul macam ni. Tapi sebab sampul ni cun sangat, aku pun terjebak lah sekali.
6 Comments
Tak tahu pulak 7e ada sampul juga.
ReplyDeleteWah merata BK kumpul sampul ya..
Cuya beli sampul dekat tiktok je.
Pernah beli tak sampul bentuk kartun? dia diperbuat drpd kad keras sikit, yang tu pon jarang2 orang jual tapi ada la. Harga mahal untuk satu keping sahaja. Ada bentuk superman, batman, segala man2 la ada hahaha
Banyak mengumpul sampul duit raya tahun ni..
ReplyDeleteEh 7E pun ada sediakan sampul duit raya ye... Baru tahu ni...
ReplyDeleteoh &E skarang ada sampul raya juga
ReplyDeletemacam kena beli jugak ni. comel lah sampulnya. boleh buat koleksi juga
ReplyDeleteWah, dah banyak dah tu, sampul raya dia. Zus ada, 7E ada.
ReplyDelete