Tiket filem Harry Potter batch kedua dari GSC.


Kalau tahun lepas GSC bagi tiket limited edition filem Harry Potter 1 & 2, kali ni muncul pulak tiket untuk filem 3 & 4 iaitu Prisoner of Azkaban dan Goblet of Fire.

Aku beli awal lagi tiket filem batch kedua ni. Masa awal-awal GSC info. Risau out of stock macam tahun lepas.


Filem 3 tu start tayang 13 Mac hari tu. Filem 4 pulak akan tayang 20 Mac nanti. Peminat Harry Potter pasti akan tengok. Ye lah. Tengok dalam TV atau komputer tak sama dengan tengok kat pawagam. Feel tu lain.


Aku lupa yang aku order tiket ni. Hari tu, tiba-tiba posmen hantar barang. Tengok kat depan sampul tu, dari GSC. Maka, berbunga lah hati aku waktu tu. 😄


Design tiket kali ni tak sama macam dulu. Muka depan, ada tambahan tajuk filem. Muka belakang pulak, diorang tambah detail pasal pawagam.





Tak pasti pulak aku kenapa diorang ubah dan tak maintain sama je design macam filem 1 & 2. Bagi aku, tak perlu letak tajuk pun kat muka depan tu. Sebab peminat Harry Potter memang confirm tahu tu filem apa.

Untuk kali ni, aku suka kedua-dua filem ni. Lagi-lagi filem Prisoner of Azkaban. Aku ingat lagi aku siap beli VCD filem ni. Beli secara call dan bayar guna wang pos. Dulu takde lagi platform e-dagang. Beriya aku call guna public phone lepas balik sekolah. 😂


Sampai sekarang aku simpan VCD ni. Filem Harry Potter pertama yang aku beli. Penuh dengan kenangan.

Filem 3 ni filem aku paling suka antara banyak-banyak filem Harry Potter. Aku suka dari segi plot dan gambarnya. Nampak cerah dan ceria tapi dalam masa sama, cerita ni ada unsur dark dan saspens.

Filem 4 pun boleh tahan jugak. Cerita ni menarik kes ada pertandingan sukan antara sekolah sihir. Dan bermula Goblet of Fire ni lah karakter Harry and the geng mula nampak lebih dewasa berbanding cerita sebelum ni. 

Cuma ada beberapa babak dalam novel yang aku nak, takde dalam filem. Contoh pasal Hermione dengan kebajikan elf rumah. Dia siap bersungguh-sungguh tubuhkan persatuan untuk jaga kebajikan elf rumah.

Post a Comment

1 Comments