Kalau tahun lepas GSC bagi tiket limited edition filem Harry Potter 1 & 2, kali ni muncul pulak tiket untuk filem 3 & 4 iaitu Prisoner of Azkaban dan Goblet of Fire.
Aku beli awal lagi tiket filem batch kedua ni. Masa awal-awal GSC info. Risau out of stock macam tahun lepas.
Filem 3 tu start tayang 13 Mac hari tu. Filem 4 pulak akan tayang 20 Mac nanti. Peminat Harry Potter pasti akan tengok. Ye lah. Tengok dalam TV atau komputer tak sama dengan tengok kat pawagam. Feel tu lain.
Aku lupa yang aku order tiket ni. Hari tu, tiba-tiba posmen hantar barang. Tengok kat depan sampul tu, dari GSC. Maka, berbunga lah hati aku waktu tu. 😄
Design tiket kali ni tak sama macam dulu. Muka depan, ada tambahan tajuk filem. Muka belakang pulak, diorang tambah detail pasal pawagam.
Tak pasti pulak aku kenapa diorang ubah dan tak maintain sama je design macam filem 1 & 2. Bagi aku, tak perlu letak tajuk pun kat muka depan tu. Sebab peminat Harry Potter memang confirm tahu tu filem apa.
Untuk kali ni, aku suka kedua-dua filem ni. Lagi-lagi filem Prisoner of Azkaban. Aku ingat lagi aku siap beli VCD filem ni. Beli secara call dan bayar guna wang pos. Dulu takde lagi platform e-dagang. Beriya aku call guna public phone lepas balik sekolah. 😂
Filem 3 ni filem aku paling suka antara banyak-banyak filem Harry Potter. Aku suka dari segi plot dan gambarnya. Nampak cerah dan ceria tapi dalam masa sama, cerita ni ada unsur dark dan saspens.
Filem 4 pun boleh tahan jugak. Cerita ni menarik kes ada pertandingan sukan antara sekolah sihir. Dan bermula Goblet of Fire ni lah karakter Harry and the geng mula nampak lebih dewasa berbanding cerita sebelum ni.
Cuma ada beberapa babak dalam novel yang aku nak, takde dalam filem. Contoh pasal Hermione dengan kebajikan elf rumah. Dia siap bersungguh-sungguh tubuhkan persatuan untuk jaga kebajikan elf rumah.
16 Comments
Novel pon BK kumpul jugak ke?
ReplyDeleteHarus lah. Mana boleh tak. Boleh search entri lepas-lepas.
DeleteTak pernah tengok cerita ni. Tak tahu jalan ceritanya macam mana.
ReplyDeleteCuba tengok filem pertama. Santai-santai. Nanti boleh layan filem seterusnya. Kalau tak, novel BM pun ada. Baca novel lagi terperinci ceritanya.
DeleteCollector mesti happy
ReplyDeleteBetul. Yang ni antara benda ditunggu-tunggu.
Deletetengok juga...tapi lompat2...tak tahu sangat kesinambungannya...
ReplyDeletetp yang linda macam blur, yang baru nak keluar nie, mcm filem lama ke? olahan yang baru...sebab dulu2 pun mcm keluar filem juga kan HP nie?
Yang baru ni filem tayangan semula. Lama dah keluar filemnya. Cuma GSC yang tayang balik. Mungkin sempena drama siri Harry Potter yang akan datang kot.
DeleteWah, ni peminat Harry Porter tegar ni. Usaha ye, beli guna public phone je. Dah lama tak dengar perkataan wang pos. :D
ReplyDeleteLucu kalau ingat balik. Punya lah gigih nak tengok filem tu. Maklum lah kat tempat saya takde pawagam. Kedai CD pun jauh nak pergi.
Deletecollector mmg minat betul ni!
ReplyDeleteTepat sekali. 👍
DeleteMmg die hard fan HP ni... lama dh x layan HP
ReplyDeleteBiasa je. 😅
Deletekalau tak silap sy hari tu ternampak merchandise HP kat Miniso...
ReplyDeleteBetul. MINISO pun ada jual produk HP.
Delete