Beli coklat Crispy dapat sampul duit raya.


Semalam kan aku cerita aku pergi pasar raya dan dapat sampul duit raya. Antara sampul yang aku berkenan, sampul coklat Crispy.

Aku jarang makan coklat ni. Tapi sebab nak dapatkan sampul tu, aku pun beli lah. Kena beli minimum RM10. Nasib baik ada pek jumbo yang harganya RM10.99 besar gedabak. Terus aku beli.




Dalam pek jumbo ni ada 30 ketul coklat Crispy saiz mini. Asalnya 25 ketul je. Mungkin sebab promo, ditambah lagi 5 ketul. Jenuh pulak nak habiskan nanti. 😅

Maka, dengan pembelian ni, dapat lah aku seketul set sampul duit raya. Dalam set ni, ada 4 sampul yang ada 2 design lain-lain.



Sampul warna hijau, gambar Kris (maskot Crispy) naik kereta nak balik kampung kot. Sampul warna kuning coklat pulak, gambar Kris pegang coklat dan main bunga api.


Bertambah lagi sampul duit raya untuk tahun ni. Aku kumpul sampul biasa-biasa je. Sekadar hobi. Lagipun sampul macam ni comel pulak tengoknya. 😄

Post a Comment

10 Comments

  1. Comel betul.
    Rajin ya kumpul sampul duit raya.

    ReplyDelete
  2. Comellah yang sampul duit raya warna coklat tu. Kena dengan tema coklat crispy.

    ReplyDelete
  3. kalau dpt kene simpan ni sebab consider rare

    ReplyDelete
  4. Comel la sampul diaa
    Sayang nk bgi org

    ReplyDelete
  5. baru berjalan2 disini..comel ye blog ni..haha btw coklat crispy sedap dia takde tandingan ye..

    ReplyDelete
  6. Comel sampul rayanya. Lama tak makan coklat crispy ni. Dulu, rajin juga beli.

    ReplyDelete
  7. banyak jugak tu sampai 30 pek. mahu berbulan nak habis kalau SS. sampul dia kiut betul.

    ReplyDelete