Aku pernah sebelum ni tanam pokok betik. Tapi tak sempat besar, pokok tu dah rosak. Mungkin terkena jangkitan penyakit atau serangga.
Sekarang, ada beberapa pokok betik yang aku tanam kat laman rumah. Setakat ni, baru sepokok yang berbunga. Tak pasti aku ni betik jenis apa. Entah ke mana hilang label yang aku tanda.
Kawasan rumah aku ni macam tak sesuai sangat nak tanam betik. Sebab kalau hujan, lebat kemain. Pokok betik tak suka kawasan basah dan lembap. Nanti mula lah penyakit datang. Nak rawat pun payah.
Mungkin sebab tu buah betik kat pasaran mahal harganya. Sekarang tak pasti lah aku berapa harganya sekilo. Hari tu aku pernah tengok kat Mydin. Buah betik saiz sederhana pun dah cecah RM10 sebiji.
Yang ni aku main tanam je. Harap membesar dengan sihat lah. Nak jugak merasa makan betik hasil tanam sendiri. 😄
7 Comments
Sedap makan buah betik.. Kalau banyak pilihan buah, saya lebih suka betik.
ReplyDeleteSemoga pokok betik tumbuh dengan sihat dan mengeluarkan buah yang banyak. Aminn... :)
ReplyDeleteDulu-dulu punya rumah, ada pokok betik, tapi sebab tinggi sangat, buahnya bila dah masak, tak sempat kita kait, burung dah makan dulu. Hihi..
tak lama lagi dapatlah merasa hasilnya
ReplyDeletePH dah bbrp kali dapat rasa betik hasil tanam sendiri alhamdulillah. Kdg tak semai pun benihnya, cuma tabur² hiduplah 2-3 pokok
ReplyDeleteSemoga tak ada musuhnya dan menghasilkan buah yang elok. Sedap buah betik. Betul, harga pun dah mahal. Biasa beli yang dah dipotong separuh sebab nampak isinya. Kalau beli sebiji takut tak elok isi dia. Kita ni bukan tahu nak pilih betik yang masak elok. Tapi tak suka jenis yang masak lembik tu. Yang sedang elok masak tu sedap.
ReplyDeleteMoga membesar dengan subur, Aamiin
ReplyDeletewahhhh dah berbunga sulung! pastikan pokok betik tu ditanam jauh drpd dinding rumah sbb akar dia bahaya hehehe
ReplyDelete