Aku pernah sebelum ni tanam pokok betik. Tapi tak sempat besar, pokok tu dah rosak. Mungkin terkena jangkitan penyakit atau serangga.
Sekarang, ada beberapa pokok betik yang aku tanam kat laman rumah. Setakat ni, baru sepokok yang berbunga. Tak pasti aku ni betik jenis apa. Entah ke mana hilang label yang aku tanda.
Kawasan rumah aku ni macam tak sesuai sangat nak tanam betik. Sebab kalau hujan, lebat kemain. Pokok betik tak suka kawasan basah dan lembap. Nanti mula lah penyakit datang. Nak rawat pun payah.
Mungkin sebab tu buah betik kat pasaran mahal harganya. Sekarang tak pasti lah aku berapa harganya sekilo. Hari tu aku pernah tengok kat Mydin. Buah betik saiz sederhana pun dah cecah RM10 sebiji.
Yang ni aku main tanam je. Harap membesar dengan sihat lah. Nak jugak merasa makan betik hasil tanam sendiri. 😄
20 Comments
Sedap makan buah betik.. Kalau banyak pilihan buah, saya lebih suka betik.
ReplyDeleteBetul dah tu. Buah betik banyak khasiat.
DeleteSemoga pokok betik tumbuh dengan sihat dan mengeluarkan buah yang banyak. Aminn... :)
ReplyDeleteDulu-dulu punya rumah, ada pokok betik, tapi sebab tinggi sangat, buahnya bila dah masak, tak sempat kita kait, burung dah makan dulu. Hihi..
Kena tanam baru lah gamaknya. 😂
Deletetak lama lagi dapatlah merasa hasilnya
ReplyDeleteAmin. 🤲
DeletePH dah bbrp kali dapat rasa betik hasil tanam sendiri alhamdulillah. Kdg tak semai pun benihnya, cuma tabur² hiduplah 2-3 pokok
ReplyDeleteMesti tanah subur tu. 😄
DeleteSemoga tak ada musuhnya dan menghasilkan buah yang elok. Sedap buah betik. Betul, harga pun dah mahal. Biasa beli yang dah dipotong separuh sebab nampak isinya. Kalau beli sebiji takut tak elok isi dia. Kita ni bukan tahu nak pilih betik yang masak elok. Tapi tak suka jenis yang masak lembik tu. Yang sedang elok masak tu sedap.
ReplyDeleteSaya suka beli yang seketul. Selamat. Kat sini kalau betik potong separuh, ada je yang gatal tangan duk picit isinya. 😪
DeleteKalau saya, senang je nak cam buah masak ke tak. Kalau warna kulit tu banyak kuning atau oren, dah masak dah tu. Atau boleh hidu. Buah betik yang dah masak, baunya wangi sikit.
Moga membesar dengan subur, Aamiin
ReplyDeleteAmin. 🤲
Deletewahhhh dah berbunga sulung! pastikan pokok betik tu ditanam jauh drpd dinding rumah sbb akar dia bahaya hehehe
ReplyDeleteItu lah yang risau jugak. Harap akarnya menuju ke kawasan air. Jauh dari rumah.
DeleteNampak geram je pucuk betik muda tu... rebus makan dengan sambal belacan ngam tu 😁
ReplyDeleteTak pernah lagi saya makan. Macam pahit je. 😅
DeleteComelnya bunga dia.. Yup.. Betik mahal sekarang..
ReplyDeleteSemoga sihatlah pokoknya ya..
Amin. 🤲
Deletekecik comel je bunganya. semoga membuahkan hasil betik yg sedap!
ReplyDeleteAmin. 🤲
DeleteSemoga macam tu lah. Sebab tak pasti baka apa yang ni.