Dapat sampul duit raya dari blogger Faizahanum.


Masih lagi dalam mood raya. Kisahnya masa aku blogwalking kat blog wife to @ jalan rebung, aku terbaca entri pasal empunya blog iaitu Kak Faizahanum yang dapat sampul duit raya percuma dari Central i-City.

Lawa sampulnya. Warna hijau dan ada gambar kartun. Aku memang suka sampul pesen gini. Kartun ke doodle ke. Asal tema macam tu, aku minat.

Aku pun komen lah kot Kak Faizahanum tu nak jual kalau ada lebihan. Tapi beliau tak jual. Sebab beliau nak bagi aku terus secara percuma. Terharu rasanya. 😭


Tak lama lepas tu, posmen hantar bungkusan. Terkejut jugak mulanya. Sebab bungkusan tu tebal. Padahal aku mintak seketul je sampul.

Bila bukak, banyak betul sampul yang ada dalam tu. Ada jugak sampul yang aku tercari-cari selama ni. Tak sangka dapat sekali.







Sampul Bank Islam banyak. Semua lawa. Banyak jenis yang ada dalam ni. Tahun lain-lain. Tahun ni versi busana raya lelaki dan perempuan. Lawa betul. Siap timbul corak samping tu.



Selain sampul duit raya, diberi sekali beberapa ketul cenderamata. Katanya yang ni barang masa beliau travel. Alhamdulillah. Lawa betul semuanya.


Ada dari Indonesia, Singapura dan Thailand. Aku tak pernah jejakkkan kaki ke ketiga-tiga negara ni. Dapat cenderamata macam ni pun bersyukur yang amat. 😂

Post a Comment

11 Comments

  1. Alhamdulillah..rezeki BK. Dapat gift sekali tu. Bertambah koleksi sampul duit raya.

    ReplyDelete
  2. Terbaiklah Kak Faizahanum 👍🏻
    Yg sampul Bank Islam tu lawa betul ye, sayang nak guna hehe

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, jika sudah suratan rezeki pada orang yg tepat.
    Lawa-lawa, wajar simpan utk si pengumpul utk dijadikan terapi.
    Anak-anak kena bawa sampul duit raya 20pcs seorang.

    ReplyDelete
  4. Wah, rezeki sungguh. Bukan dapat sampul raya je, siap dapat cenderamata lain.

    Ramai juga collector sampul raya, siap ada grup collector di Fb.

    ReplyDelete
  5. ramai juga ye geng2 peminat dan pengumpul sampul duit raya...

    ReplyDelete
  6. Untung le dapat percuma.. Hihi..
    menarik semua rekaannya..

    ReplyDelete
  7. wah...memang rezeki awak la tu...tentu seronok la kan

    ReplyDelete
  8. waaahhhhh bestnyaaa bertuahnya BK dpt sampul & siap ada gift lagi tu!

    ReplyDelete
  9. rezeki BK, tahun ni banyak gak sampul raya cantik-cantik kan :)

    ReplyDelete
  10. Wah, rezeki, dapat percuma. Ada tambahan souvenir lagi dari oversea. Alhamdulillah. Lawa dan ceria design sampul rayanya.

    ReplyDelete
  11. Kalau dah rezeki tu tak akan ke mana kan.. tanya jer terus dpt alhamdulillah..

    ReplyDelete