Masih lagi dalam mood raya. Kisahnya masa aku blogwalking kat blog wife to @ jalan rebung, aku terbaca entri pasal empunya blog iaitu Kak Faizahanum yang dapat sampul duit raya percuma dari Central i-City.
Lawa sampulnya. Warna hijau dan ada gambar kartun. Aku memang suka sampul pesen gini. Kartun ke doodle ke. Asal tema macam tu, aku minat.
Aku pun komen lah kot Kak Faizahanum tu nak jual kalau ada lebihan. Tapi beliau tak jual. Sebab beliau nak bagi aku terus secara percuma. Terharu rasanya. 😭
Tak lama lepas tu, posmen hantar bungkusan. Terkejut jugak mulanya. Sebab bungkusan tu tebal. Padahal aku mintak seketul je sampul.
Bila bukak, banyak betul sampul yang ada dalam tu. Ada jugak sampul yang aku tercari-cari selama ni. Tak sangka dapat sekali.
Sampul Bank Islam banyak. Semua lawa. Banyak jenis yang ada dalam ni. Tahun lain-lain. Tahun ni versi busana raya lelaki dan perempuan. Lawa betul. Siap timbul corak samping tu.
Selain sampul duit raya, diberi sekali beberapa ketul cenderamata. Katanya yang ni barang masa beliau travel. Alhamdulillah. Lawa betul semuanya.
12 Comments
Alhamdulillah..rezeki BK. Dapat gift sekali tu. Bertambah koleksi sampul duit raya.
ReplyDeleteTerbaiklah Kak Faizahanum 👍🏻
ReplyDeleteYg sampul Bank Islam tu lawa betul ye, sayang nak guna hehe
Alhamdulillah, jika sudah suratan rezeki pada orang yg tepat.
ReplyDeleteLawa-lawa, wajar simpan utk si pengumpul utk dijadikan terapi.
Anak-anak kena bawa sampul duit raya 20pcs seorang.
Wah, rezeki sungguh. Bukan dapat sampul raya je, siap dapat cenderamata lain.
ReplyDeleteRamai juga collector sampul raya, siap ada grup collector di Fb.
ramai juga ye geng2 peminat dan pengumpul sampul duit raya...
ReplyDeleteUntung le dapat percuma.. Hihi..
ReplyDeletemenarik semua rekaannya..
wah...memang rezeki awak la tu...tentu seronok la kan
ReplyDeletewaaahhhhh bestnyaaa bertuahnya BK dpt sampul & siap ada gift lagi tu!
ReplyDeleterezeki BK, tahun ni banyak gak sampul raya cantik-cantik kan :)
ReplyDeleteWah, rezeki, dapat percuma. Ada tambahan souvenir lagi dari oversea. Alhamdulillah. Lawa dan ceria design sampul rayanya.
ReplyDeleteKalau dah rezeki tu tak akan ke mana kan.. tanya jer terus dpt alhamdulillah..
ReplyDeleteoo laaa... yang Bank Islam tu rupanya ada motif baju melayu dan kebaya.. baru tengok tadi. Masa dapat terus simpan, tengok hat depan je tak perasan pun corak apa 😂 . Tak guna tahun ni sebab sampul dia agak lebar dan besar.. tu yang simpan je kot nak pakai tahun2 akan datang.
ReplyDelete