Alhamdulillah. Berkesempatan untuk jelajah pesta buku terbesar kat Kelantan iaitu Pesta Buku Kelantan anjuran SMO Bookstores untuk tahun 2025.
Sekadar ringkasan aktiviti. Seharian jugak aku keluar walaupun siangnya panas terik bukan kepalang. Dari pagi sampai malam aku kat luar. Lepas dah dapat apa yang aku nak kat pesta buku, aku singgah tempat lain pulak.
Pergi Marrybrown. Nak order ayam goreng. Tapi staff kata kena tunggu at least 30 minit. Ramai orang katanya. Ye lah. Musim pesta buku dan hari minggu. Aku nampak kad diskaun. Menarik. Walaupun kad tu untuk student, aku mintak untuk buat koleksi.
Ecoshop antara tempat wajib aku masuk tiap kali keluar ke bandar. Kalau ada barang berkenan, aku beli. Kalau tak, aku keluar. Ada kisah menarik masa kat kaunter cashier. Ada masa, aku cerita. Lepas Ecoshop, masuk 7e. Kat sini aku cuba menu baru yang ada. Lagi best bila dapat makan waktu musim panas.
Misi cari sampul duit raya masih diteruskan walaupun syawal tinggal beberapa hari je lagi. Singgah emart24. Gembira tak terkata saat staff bagi sampul duit raya yang dah lama aku cari. Jumpa akhirnya.
Keluar emart24, masuk pulak MR. DIY. Saja cuci mata. Lagipun bangunannya sebelah je. Ingat nak balik lepas tu. Tapi teringat pulak nak usha buku baru kat Popular.
Maka, masuk lah aku dalam AEON Mall. Tapi takde benda baru. At least bagi aku. Ada pun beberapa keping katalog item promo yang dipanggil Passport untuk pembelian bulan depan. Aku ambil dan simpan buat pekasam.
Alang-alang dah ada kat situ, pusing lah aku dalam AEON tu. Ramainya manusia. Macam ulat taik kata Mak Bedah. Maklum lah. Hujung minggu. Ditambah lagi dengan minggu gaji. Sesak lah satu mall tu.
Singgah ZUS. Nak cari merchandise Sembang. Panjang ceritanya. Nanti aku buat entri lain. Dipendekkan cerita, dapat lah aku kad mainan seketul. 😁
Malam tu, aku balik. Singgah pam minyak Shell kejap. Beli air kopi Wonda. Tanya staff pasal sampul duit raya. Diberinya bertimbun banyaknya. Mungkin nak clear kan stok yang ada. Rezeki. Lagipun sampulnya unik. Semoga adik tu dimurahkan rezeki sebab tak kedekut.
Oh, lupa! Masa pusing dalam Mydin dan AEON, ada beberapa kedai yang aku singgah. Dapat jugak sampul duit raya. Tak banyak tapi boleh lah dari takde.
2 Comments
Rajin betul bola hunting sampul raya! btw ecoshop kan kedai berhantu hehe
ReplyDeleteRajin betul mencari sampul ya. Memang collector tegar.
ReplyDelete