Lama sudah aku tak menjajan sejak puasa hari tu. Masuk raya pulak, luang masa duk perabis baki biskut raya. Ada yang tinggal separuh, ada yang licin, ada yang tak sentuh langsung.
Masuk kedai runcit, perasan ada benda baru kat rak roti. Macam kek coklat. Versi perisa pisang. Mix and match lah ni. Harga RM1.30 sepaket.
Dalam paket tu, ada 2 ketul kek comel lote. Sekali tengok, macam pesen kek Apollo perisa coklat. Mungkin sebab disalut dengan lapisan coklat tebal kat luar.
Bila masuk mulut, rasa sebijik macam kek pisang. Cuma yang aku hairan, tengok gambar kat paket tu, dalam kek patutnya ada filling yang agak penuh. Tapi rupanya meleset. Secoit je filling dalam kek. 😭
Teringat pulak kat video mana entah aku tengok. Pasal jajan atau pek makanan kat Jepun. Kat sana, saiz dan rupa makanan sebijik sama macam gambar kat paket yang diorang buat.
22 Comments
Haah coet kecil dalam kek pisang.
ReplyDeleteMacam pelik kombinasi coklat dengan pisang.
Nampak pelik tapi sedap sebenarnya. Cuma filling tu lah yang sedih. 😂
DeleteSekali tengok, macam rupa choco pie. Kecik sikit ye, saiz dia?
ReplyDeleteLebih kurang bentuknya. Kecik sikit dari Choco Pie.
DeleteX jumpa lg kt sini kek pisang versi apollo ni... skrg jajan utk bekal anak² biskut raya je.. dlm usaha nk perabih biskut raya.. hihi
ReplyDeleteBagus jugak tu. Guna stok yang ada dulu.
DeleteKalau rasa pisang dia kuat mungkin the kids suka.. blh la try bli bagi the kids makan . Kalau suka mudah la nk bgi bekal utk mereka..
ReplyDeleteSesuai jugak untuk jadi bekal. Saya makan 2 ketul pun dah kenyang dapat alas perut.
Deletehahaha... sedihnya tengok filing tu...
ReplyDelete😭
Deletemaafkan saya, tergelak tengok filing tu. betul2 secoet.
ReplyDeletetapi top bakery ni, rerotinya mmg best2. suka juga cari roti2 rare.
Kebanyakan rotinya sedap. Saya pun suka jenama ni. Pelbagai aneka roti dan kek ada.
Deletecuba try complain kat website / email direct HQ Top Baker, mana tahu nti dpt feedback berkotak2 / berjajan2 produk Top Baker hehehe
ReplyDeleteItu lah. Kalau dapat contact diorang, kena inform pasal ni.
DeleteHehe.. Secoet je filling. Tapi tak pernah perasan pula kek ni kat pasaran
ReplyDeleteMungkin baru lagi. Tak semua kedai masuk.
DeleteHalah halah coetnya filing dia 🫣
ReplyDelete😓
DeleteGambar bukan main pumpang dia ye…sekali bila dpt alahai. Selalu kalau kat kedai makan ammi suka seloroh dgn org ambil order “sy nak ikan stim hias comel sebijik mcm dlm gambar ni tau”
ReplyDeleteBetul dah tu inform macam tu. Baru diorang alert. 😄
DeleteBiasalah tu indah khabar dari rupa dalam iklan. Kek pisang dia macam bukan kek pisang pulak. Gabungan kek pisang dan coklat memang ngam lah.
ReplyDeleteGambar untuk ilustrasi sahaja 😅
ReplyDeleteitu yang isi setoet je.