Kek pisang bersalut coklat dari Top Baker.


Lama sudah aku tak menjajan sejak puasa hari tu. Masuk raya pulak, luang masa duk perabis baki biskut raya. Ada yang tinggal separuh, ada yang licin, ada yang tak sentuh langsung.

Masuk kedai runcit, perasan ada benda baru kat rak roti. Macam kek coklat. Versi perisa pisang. Mix and match lah ni. Harga RM1.30 sepaket.

Dalam paket tu, ada 2 ketul kek comel lote. Sekali tengok, macam pesen kek Apollo perisa coklat. Mungkin sebab disalut dengan lapisan coklat tebal kat luar.



Bila masuk mulut, rasa sebijik macam kek pisang. Cuma yang aku hairan, tengok gambar kat paket tu, dalam kek patutnya ada filling  yang agak penuh. Tapi rupanya meleset. Secoit je filling dalam kek. 😭



Teringat pulak kat video mana entah aku tengok. Pasal jajan atau pek makanan kat Jepun. Kat sana, saiz dan rupa makanan sebijik sama macam gambar kat paket yang diorang buat.

Kejam betul bila tengok kek pisang ni. Lawak pun ada. Filling tu rasa pisang. Mungkin tak perlu letak filling aku rasa takde masalah. Sebab rasa kek tu pun dah sedia kuat dengan rasa pisang.

Post a Comment

22 Comments

  1. Haah coet kecil dalam kek pisang.
    Macam pelik kombinasi coklat dengan pisang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak pelik tapi sedap sebenarnya. Cuma filling tu lah yang sedih. 😂

      Delete
  2. Sekali tengok, macam rupa choco pie. Kecik sikit ye, saiz dia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kurang bentuknya. Kecik sikit dari Choco Pie.

      Delete
  3. X jumpa lg kt sini kek pisang versi apollo ni... skrg jajan utk bekal anak² biskut raya je.. dlm usaha nk perabih biskut raya.. hihi

    ReplyDelete
  4. Kalau rasa pisang dia kuat mungkin the kids suka.. blh la try bli bagi the kids makan . Kalau suka mudah la nk bgi bekal utk mereka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesuai jugak untuk jadi bekal. Saya makan 2 ketul pun dah kenyang dapat alas perut.

      Delete
  5. hahaha... sedihnya tengok filing tu...

    ReplyDelete
  6. maafkan saya, tergelak tengok filing tu. betul2 secoet.
    tapi top bakery ni, rerotinya mmg best2. suka juga cari roti2 rare.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebanyakan rotinya sedap. Saya pun suka jenama ni. Pelbagai aneka roti dan kek ada.

      Delete
  7. cuba try complain kat website / email direct HQ Top Baker, mana tahu nti dpt feedback berkotak2 / berjajan2 produk Top Baker hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Kalau dapat contact diorang, kena inform pasal ni.

      Delete
  8. Hehe.. Secoet je filling. Tapi tak pernah perasan pula kek ni kat pasaran

    ReplyDelete
  9. Halah halah coetnya filing dia 🫣

    ReplyDelete
  10. Gambar bukan main pumpang dia ye…sekali bila dpt alahai. Selalu kalau kat kedai makan ammi suka seloroh dgn org ambil order “sy nak ikan stim hias comel sebijik mcm dlm gambar ni tau”

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul dah tu inform macam tu. Baru diorang alert. 😄

      Delete
  11. Biasalah tu indah khabar dari rupa dalam iklan. Kek pisang dia macam bukan kek pisang pulak. Gabungan kek pisang dan coklat memang ngam lah.

    ReplyDelete
  12. Gambar untuk ilustrasi sahaja 😅
    itu yang isi setoet je.

    ReplyDelete