Masa bulan puasa hari tu, aku gigih cari sampul duit raya. Bukan cari sebab nak bagi kat orang masa raya tapi sebab nak kumpul buat koleksi.
Setakat ni, lebih 2 kotak jugak lah sampul yang aku berjaya kumpul. Ada yang dapat free, ada yang kena beli dan ada jugak yang orang bagi.
Antara sampul yang agak payah nak dapat adalah sampul Yakult. Sampul eksklusif ni ada 3 cara nak dapatkan:
- Beli Yakult dan tebus online.
- Beli Yakult dan tebus dari promoter pasar raya.
- Beli Yakult dari Yakult Lady.
Aku guna pilihan ketiga. Sebab payah sangat nak jumpa promoter masa pergi pasar raya. Nak tebus online, risau pulak tak dapat sekiranya habis stok. Maka, aku beli dari Yakult Lady (YL).
Aku pernah pergi ke AEON. Nak beli Yakult sebab nak dapatkan sampul duit raya. Masa tu tercari-cari promoter. Takde. Tanya staff kat CS, diorang tak tahu. Leceh. 😪
Tiap-tiap bulan aku akan beli Yakult dalam 2 hingga 4 paket. Aku pernah check online guna poskod. Konon nak beli dari YL. Tapi kawasan aku tak available.
Semak sini: Delivery For Consumers - Yakult Malaysia
Masa kecoh kat FB pasal nak dapatkan sampul ni, aku ada baca komen ada orang mintak call HQ. Tanya direct sama ada YL area sini boleh tolong hantarkan. Aku call. Rupanya ada. Cuma jauh sikit je.
Esoknya, YL datang. Aku excited jugak lah waktu tu. Ye lah. First time beli Yakult macam ni. Dalam masa sama, tak sabar nak dapatkan sampul percuma. 😂
8 Comments
Cantiknya sampul raya Yakult! Berkenan tengok!
ReplyDeleteMenarik reka bentuknya. Simoan pun cantik.
ReplyDeleteMacam2 style dan design sampul raya kan. Adik no3 dan sepupu beli yang tulis "JANGAN TANYA BILA KAMI NAK KAWIN" haha 🤣🤣
ReplyDeletecantik la sampul yakult... suka tgk.. sy pun ada member yg suka kumpul sampul raya, dia siap letak dlm album lagi, mcm kumpul setem
ReplyDeletecantik-cantik design sampul tu. creatif dan unik.
ReplyDeleteYL tu cantik juga kah? murahlah 4 - 5 pack rm20. dpt gift lagi. wow!
Comel sangat sampul raya Yakult! Gambar peti pos pejabat pos. :D
ReplyDeleteLama dah tak beli Yakult.
Agaknya syarikat yang buat sampul lawa-lawa ni memang nakkan pembeli buat sampul raya sebagai koleksi kot 😁
ReplyDeletehurmmm area Selatan Perak ni jauh dari Lotus / Tesco... susahnya nak cari Yaklut Lady T_____T
ReplyDelete