Baru sempat buat entri raya kali ni. Dari Syawal pertama lagi plan nak luangkan masa depan laptop. Tapi balik rumah pun dah malam. Badan penat terus tidur tanpa salin baju raya. 😭
Sedar-sedar, dah subuh. Sadis betul. Punya lah sakan beraya. Bukan apa, sekarang cuaca kat sini panas terik. Badan pun auto lesu. Bila penat, terus terlena.
Apa-apa pun, raya kali ni masih sama macam dulu. Tak banyak pun aktiviti yang aku buat selain singgah rumah jiran tetangga.
Jumpa gulai ikan aye warna kuning
Aku singgah rumah jiran sekampung. Makan nasi dagang ikan aye. Orang luar panggil ikan tongkol. Tapi gulai ikan aye tu warna kuning. Tak pernah aku jumpa versi ni. Mungkin ni style nasi dagang orang Kelantan.
Tak sempat pulak aku nak snap gambar waktu tu. Walaupun tu pertama kali aku makan, tapi rasa nasi dagang tu boleh tahan sedapnya.
Semua kedai tutup
Kat sini, pasar raya, mall, 7e, kedai makan dan seangkatan dengannya tak bukak raya pertama. Jadi tak dapat lah nak pusing-pusing perabis duit. 😅
Masuk raya kedua, amik kau! Penuh kedai dengan lautan manusia. Tadi masa aku pusing bandar, aku tengok semua kedai makan penuh. KFC paling banyak orang. Kaya betul orang kat sini.
Bila dah sibuk memanjang
Phone pun tak sempat nak bukak tengok update terkini. Mesej masuk bertalu-talu. Dibiarkan je. TV lagi lah tak tengok. Entah apa berita terkini aku pun tak tahu.
Ni pun aku taip entri tengah malam. Lepas setel mandi dan buat air kopi, terus duk depan laptop untuk taip entri sambil tengok TV1 online.
Raya 2025
Untuk teman-teman blogger sekalian, aku ucapkan Salam Lebaran 2025. Semoga raya tahun ni bagi 1001 makna buat kalian semua. Raya, raya jugak. Air masak jangan lupa minum. Kalau tak, jadi lah macam aku yang sakit tekak dek cuaca panas terik. 😂
4 Comments
Padat betul aktivitinya.. Alhamdulillah..
ReplyDeleteSelamat Hari Raya..
Selamat hari raya
ReplyDeleteDi mana tu sampai 7e pun tutup hehehee...
ReplyDeleteSelamat hari raya Aidilfitri juga
uishhh semua kedai tutup ye raya pertama? area Ana ni ok lagi sbb byk kedai Cina /India & kedai melayu pun ada juga yg buka raya pertama sbb kompom mmg org ada nk beli mcm2 brg lagi makumlah brg dapur habis hehehe
ReplyDeletesalam aidilfitri BK! mohon maaf salah & silap :)