Tetamu beraya ke rumah tanpa maklum.


Aku ada baca entah siapa yang tetiba rajin post pasal benda ni. Katanya dia tak suka bila ada tetamu datang rumah tanpa maklum tuan rumah sebelum datang.

Aku jadi kaget. Nak kata sedih tapi lebih kepada geram. Golongan macam ni memang jenis beriya tak suka tetamu datang rumah ke? Atau jenis tak pernah tahu pasal hadis Nabi pasal tetamu yang datang ke rumah?

Orang kata tetamu yang datang tu bawak rezeki. Betul lah. Benda ni tak dapat dinafikan. Aku pernah baca cerita zaman dulu pasal tuan rumah siap jual barang dalam rumah sebab tak cukup duit nak bagi makan untuk tetamu. Sebab percaya tetamu yang datang bawak rezeki.

Sekarang lain jadinya. Masing-masing konon terpaling bertamadun. Konon tetamu nak kena inform tuan rumah sebelum datang. Tapi ni kan hari raya. Lain lah ceritanya.

Bila raya, tuan rumah kena lah sentiasa get ready untuk terima tetamu. Tak kisah lah raya ke-5 atau ke-30 sekalipun. Waktu raya, kita selalunya ziarah-menziarahi jiran dan sanak-saudara. Adakah lepas ni kalau jiran sebelah rumah nak beraya kat rumah kita, diorang kena call atau mesej tuan rumah sebelum datang? Budak-budak yang nak datang beraya pun kena call tuan rumah jugak?

Aku pun dari dulu sampai sekarang, masuk je raya ke-2, bila tak ke mana, akan lepak dalam rumah. Tengok TV. Layan medsos dalam phone. Bila tetamu datang, aku bagi masuk. Jamu diorang makan dan minum. Gigih keluar masuk dapur. Tapi takde pulak rasa meluat atau marah bila diorang datang. Dah nama pun hari raya kan?

Kadang waktu malam pun masih ada tetamu yang datang terjah. Sebagai tuan rumah, sentiasa lah bersedia terima tetamu. Kita tak tahu berapa banyak rumah yang diorang beraya sebelum sampai rumah kita. Kalau takde orang datang, nanti meroyan pulak kat medsos kata orang sombong.

Nak inform awal bagai dah kenapa. Kalau hari biasa tu, logik lah jugak. Sebab kita sebagai tuan rumah nak kena prepare makan dan minum. Kalau rumah bersepah, nak kena bersihkan. Tapi bulan raya, kenapa pulak tetiba banyak alasan?

Yang aku perasan, generasi yang banyak songeh ni merupakan generasi kelompok aku. Yang jenis tak suka bergaul dengan orang. Yang jenis bila tetamu datang, banyak duk terperuk dalam bilik. Mak ayah lah yang banyak layan tetamu yang datang.

Kenapa kelam-kabut tak nak tetamu datang tanpa inform? Risau tetamu tengok rumah bersepah? Risau tetamu tahu habit sebenar seisi rumah macam mana? Sebab tu kena pastikan rumah kita sentiasa bersih. Sentiasa kemas. Tak perlu tunggu tetamu datang baru nak kemas. 😅

Cadangan aku, in case tak nak tetamu datang terjah walaupun hari raya, tepek siap-siap sign board atau banner kat depan pintu rumah mengatakan yang tuan rumah takde atau tuan rumah tak terima mana-mana kunjungan buat masa sekarang. Senang!

Post a Comment

18 Comments

  1. hahaha betul tu, kalau masa raya memang dari pagi sampai malam orang datang ke rumah. Kalau orang dekat kampung bahagian ruang tamu memang cantik sepanjang raya sebab orang datang, bahagian rumah yang lain ditutup sebab bersepah haha. generasi baru ni banyak betul pantang larangnya sampai naik rimas kita nak melayan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya rumah macam tu lah. Ruang tamu utama memang kemas habis-habisan. Ruang yang tak pakai, jadi tempat timbunan barang buat sementara. 😂

      Delete
  2. Alhamdulillah, setakat hari nie.. Kita terima je tetamu datang beraya.. Tapi, bila nak kembali ke sarang, linda suka kalau orang gtaw dulu, at least boleh la buat something yang berat2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untung kalau ada yang inform dulu. Selalunya raya pertama sampai 3, memang akan biarkan tetamu datang tanpa inform. Kalau ada yang seminggu lepas tu baru dapat datang, baru lah diorang akan inform sendiri.

      Delete
  3. Generasi mana yg tak suka tetamu datang tanpa maklum tu? musim raya mmg tetamu dtg tak kira masa.. stanby je lah on call 24 jam gittewww kehkehkeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Musim raya kena standy 24 jam. Kalau bukan musim raya, boleh lah kalau tak nak standy. 😄

      Delete
  4. nak dtg terjah tu musim raya mcm ni ok je tp tgk2 laa masa tu. jgn le dtg time org nak masuk tidur or lps subuh ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni belum pernah terjadi macam tu. Paling lewat pun dalam lingkungan isyak.

      Delete
  5. kita suka tetamu datang dgn inform dulu, yg datang terjah pun kita terima juga cuma apa yg ada je la. jika inform dulu leh stanby grand sikit, aaaagitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada yang suka terjah. Sebab tak nak susahkan tuan rumah masak-masak. 😌

      Delete
  6. Ok je, kalau tak maklum dulu, datang ke rumah. Kita jamu apa yang ada. Sebenarnya, tetamu bukan kisah sangat kot rumah kita bersepah ke apa. Dia orang datang nak beraya dengan kita, tanya khabar kita sebab lama tak jumpa. Time raya la, boleh singgah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang tua-tua selalunya macam tu. Diorang tak nak susahkan tuan rumah. Cukup sekadar hidang air.

      Delete
  7. ada sorang sepupu ammi pun gini..siap letak kat status whatsapp kalau nak datang jangan datang malam, nak datang bagi tau. ehhhh kita ni gi rumah dia bukan nak makan melahap pun. nak ziarah mak ayah dia je. kita pun faham makcik pakcik tu dah tua, mmg kita tak bagi pun dia kedalam siapkan air ke apa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gitu lah. Selalunya mak ayah tak kisah pun. Asalkan tetamu datang, diorang raikan. Yang lebih-lebih kanak-kanak Ribena je. Macam-macam peraturan diciptanya tak nak bagi tetamu datang. 😪

      Delete
  8. Entahlah.. Makin maju dunia makin banyak pula manusia yang merungut tak ketahuan hala.. Zaman tak ada teknologi, elok je kita ziarah menziarahi.. ada orang, kita masuk.. tak ada, kita pergi rumah seterusnya.. ada jamu berat, kita makan, kalau tak ada, kita makan ja apa yang ada.. orang tua bertanya, kita jawab ja elok-elok.. layan ja pertanyaan walaupun kadang tak tahu nak jawab apa..

    Sekarang ini semua benda salah, semua benda tak kena semua benda nak dimarah dan merungut.. Haiah.. tak tahulah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Ingat lagi dulu-dulu masa bukan zaman smartphone, bukan zaman Internet. Beraya rumah siapa entah. Tak kenal langsung. Tapi tuan rumah jamu macam-macam. Sambil hidang, tuan rumah duduk sekali beramah mesra. Sampai nak masuk maghrib baru kitorang balik rumah masing-masing.

      Mungkin zaman dah berubah. Dulu budak-budak beraya sebab nak kumpul duit raya. Zaman sekarang, kanak-kanak Ribena dah ada phone mahal-mahal. Setakat duit raya ringgit-ringgit ni, mana nak dipandang. 😑

      Delete