Cuba tanya Gen Z apa tu urban legend. Pasti ramai yang terpinga-pinga. Sebab urban legend ni top kat sini masa zaman 90-an dan awal era 2000-an. Siap ada majalah dan komik lagi yang up pasal ni. Lepas tu, tenggelam.
Urban legend ni ringkasnya cerita khabar angin yang dianggap betul dan kebiasaannya ada unsur seram dan mistik yang diceritakan secara berlebihan.
Zaman aku sekolah rendah lagi urban legend ni famous. Banyak cerita yang disebarkan dari mulut ke mulut. Selalunya geng sekolah dan geng main petang-petang.
Kat sini, aku nak kongsi urban legend yang aku tahu. Cerita yang dikatakan pernah berlaku kat tempat aku tinggal masa kecik dulu.
Bunyi piano kat sekolah tiap petang
Masa zaman aku sekolah rendah, tersebar cerita kat sekolah aku yang aku kira agak mistik. Dikatakan ada murid yang balik sekolah lewat petang (nak dekat maghrib), terdengar bunyi piano dimainkan kat sebuah blok sekolah.
Yang peliknya, waktu tu katanya takde orang dah kat sekolah. Cikgu-cikgu dah lama balik. Apatah lagi murid. Ye lah. Dah lewat petang. Siapa yang berani duk kat sekolah waktu tu?
Terus tertanya-tanya dan berteka-teki. Mungkin cikgu kot. Mungkin ada murid tengah berlatih main piano. Tapi takde siapa yang berani siasat. Risau disampuk benda nanti.
Lagu Cindai Tokti berhantu
Generasi yang membesar zaman 90-an pasti tahu lagu ni. Sampai sekarang aku fobia nak nyanyi lagu Cindai. Bila dengar je Tokti nyanyi lagu ni kat radio, aku terus tutup atau tukar siaran lain.
Kenapa? Masa aku sekolah rendah jugak, ada budak bagitau yang ada orang pernah nyanyi lagu Cindai. Tapi masa dia nyanyi tu, tiba-tiba ada suara lain yang ikut.
P.S. Masa aku taip pasal Cindai ni, tetiba meremang bulu roma aku. Sayup-sayup dengar bunyi pelik dan macam ada sesuatu yang perhati aku dari belakang. 😭
Cerita mistik pasal Cindai ni lama jugak jadi bualan. Aku tak pasti sama ada betul ke tak dakwaan budak tu. Atau dia sekadar dengki dengan kehebatan Tokti dan terus reka cerita?
Kena sorok hantu dek balik lewat sekolah
Yang ni mungkin penyebab aku tak pernah balik sekolah lewat petang. Kalau lewat pun, mesti berteman dengan kawan-kawan.
Ada orang cerita yang pernah sorang budak kena sorok dek hantu. Tak pasti aku hantu atau bunian. Tak ingat dah. Katanya budak tu duk kat sekolah sampai lewat petang.
Satu hari, dia tak balik rumah sampai malam. Ada saksi yang nampak kali terakhir budak tu duk kat sekolah. Tapi tak pasti kenapa dia tak balik rumah malam tu.
Dan mula lah tersebarnya cerita yang budak tu kena sorok dek hantu. Sebab aku pernah dengar yang kawasan sekolah aku tu agak keras. Belakang pagar sekolah, ada kubur lama. 😥
Masuk uni, kisah bertambah
Bila aku masuk universiti, bertambah lagi kisah urban legend ni yang member ceritakan. Ada kisah loker, hantu mak cik karipap, nenek kebayan kira budak tak tidur dan banyak lagi lah.
Itu lah antara urban legend yang aku tahu. Bila ingat balik, seram pulak rasanya. Mungkin cerita macam ni sekadar rekaan untuk jadikan pengajaran macam kisah-kisah dongeng. Mungkin jugak betul.
11 Comments
ss pernah alami salah satu urban legend ni. uish memang seram rasa. kita ingatkan sekadar cerita. nah...sekali berlaku betul seram mek!
ReplyDeleteBila dah alami, memang teringat sampai bila-bila.
DeleteSeram baca tentang lagu cindai tu. Masa kat itm jengka dulu, ada cerita tentang dia dok gosok gigi sebelah kawan dia. Tapi kawan dia gosok gigi darah menitik. Rupanya kawan tu gosok gigi guna razor, bukan berus gigi. Haha.. banyak jugak la kejadian makhluk menyerupai kawan, tapi bila balik bilik, tengok kawan tu ada dalam bilik. Habis tu, sape kat tandas tadi? Heee... 👻
ReplyDeleteMakhluk tiru rupa kawan tu memang seram. Sebab tu tiap kali nak masuk bilik, kena bagi salam.
Deletejika dok asrama, cerita asrama bekas tapak jepun. mlm2 dengar orang berkawat. ada time, asrama dimasuki orang minyak. ada time lain, ada yg nampak bola-bola api atas bumbung, entahla. kitanya sejenis tido lena, keletihan. tau-tau habis tingkatan 5 tu. masa skola rendah kes culik naik van putih. dah seram nak balik jalan kaki. udahlah suka balik jalan kaki dgn kawan-kawan.
ReplyDeleteCerita asrama memang banyak yang seram. Tak tahu lah memang wujud atau tak. Van putih tu pun sama jugak kat sini. Tiap kali nampak van putih, terus berlari-lari anak pergi ke tempat ramai orang.
DeleteBest kalau teringat kisah-kisah zaman dulu..
ReplyDeleteMau stay up sampai subuh.
DeleteAlahaii mau seram kalau macam nii .. bercampur pula keadaan sunyi sepi tu ..
ReplyDeleteMemang seram. Lagi-lagi bila taip entri lepas tengah malam.
Deletecerita seram biasanya bermula kat sekolah... dah budak2 takut stay lama-lama. 80s pun ada cerita hantu kat tandas sekolah.. adoiii... dah takut nak gi toilet.
ReplyDelete